Hati yang Melayani
Satu badan pelayanan di Carlsbad, New Mexico, membantu masyarakat tempatan mereka dengan menawarkan lebih daripada 11,000 kg makanan percuma setiap bulan kepada penduduk setempat. Pemimpin pelayanan itu berkata, “Orang boleh datang ke sini, dan kami akan menerima mereka dan tahu keperluan mereka. Matlamat kami adalah ... memenuhi keperluan praktikal mereka untuk mencapai keperluan rohani mereka.” Sebagai orang yang percaya kepada Kristus, Tuhan mahu kita menggunakan apa yang telah diberikan kepada kita untuk memberkati orang lain, menarik masyarakat kita lebih dekat kepada-Nya. Bagaimanakah kita dapat membentuk hati yang bersedia menjalankan pelayanan yang membawa kemuliaan kepada Tuhan?
Bertumbuh dalam Iman
Apabila saya mula menaruh minat dalam perkebunan, saya akan bangun awal dan bergegas ke kebun untuk melihat jika ada apa-apa tanaman yang sudah bertunas. Tetapi satu pun tiada. Selepas pencarian di Internet tentang “pertumbuhan tanaman yang cepat,” saya mendapati bahawa peringkat benih merupakan fasa terpenting dalam jangka hayat tanaman. Sekarang saya mengetahui bahawa proses ini tidak boleh dipercepat. Saya juga semakin menghargai kekuatan kecambah kecil yang berjuang untuk keluar dari tanah menuju ke arah matahari, dan daya tahan tanaman itu terhadap cuaca yang panas terik. Setelah menunggu dengan sabar selama beberapa minggu, akhirnya saya disapa oleh tunas hijau yang banyak menjalar di atas tanah.
Menangani Ketidakpastian
Kita hidup di dunia yang menawarkan pelbagai pilihan, ini boleh merangkumi tuala kertas hingga insurans nyawa . Pada tahun 2004, ahli psikologi Barry Schwartz menulis sebuah buku bertajuk The Paradox of Choice (Paradoks Pilihan). Dia berpendapat bahawa walaupun kebebasan memilih penting untuk kesejahteraan kita, tetapi terlalu banyak pilihan dapat menambah beban kita dan menyebabkan kita susah untuk membuat keputusan. Walaupun tidak banyak risiko terlibat ketika memutuskan tuala kertas yang akan dibeli, dilema dapat melesukan kita ketika membuat keputusan besar yang mempengaruhi perjalanan hidup kita. Oleh itu, bagaimanakah kita dapat mengatasi keadaan serba-salah dan menjalani kehidupan untuk Yesus dengan yakin?
Titik Fokus pada Tuhan
Putaran hujung kaki (Pirouette) merupakan putaran anggun yang dilakukan oleh penari balet dan penari kontemporari. Semasa kecil, saya suka melakukan putaran hujung kaki di kelas tarian moden saya, berpusing-pusing sehingga kepala saya pening, kemudian jatuh ke lantai. Apabila semakin berusia, saya belajar satu teknik untuk membantu mengekalkan keseimbangan dan mengawal kedudukan tubuh dengan cara “spotting”, iaitu menentukan satu titik fokus mata setiap kali saya melakukan putaran penuh. Saya hanya memerlukan satu titik fokus mata untuk menguasai kemahiran putaran hujung kaki saya dan menyelesaikannya dengan anggun.
Berurusan dengan Percanggahan
Media sosial Twitter yang terkenal dengan mencipta platform agar orang di seluruh dunia menyatakan pendapat mereka dengan beberapa perkataan pendek. Akan tetapi dalam beberapa tahun kebelakangan ini, cara tersebut menjadi lebih kompleks ketika individu mula menggunakan Twitter sebagai alat untuk mencela orang lain atas sikap dan gaya hidup yang tidak disetujui mereka. Selepas anda log masuk Twitter pada bila-bila hari, anda akan melihat sekurang-kurangnya satu kiriman “Trend Untuk Anda” (topik hangat). Sekiranya anda klik pautan itu, anda akan menemui jutaan orang menyatakan pendapat mereka mengenai apa sahaja kontroversi yang timbul.