Penulis

Lihat semua
Kirsten Holmberg

Kirsten Holmberg

Kirsten Holmberg ialah seorang penulis, penceramah, sahabat, ibu, isteri dan pengikut Kristus. Pada tahap-tahap berlainan dalam kehidupannya, sekurang-kurangnya salah satu peranan atau tanggungjawab yang harus dipikul tersebut kelihatan mencabar, tetapi dia menjalani kesemua peranan ini dengan sukacita. Bapa Kirsten meninggal dunia apabila dia berumur sembilan tahun. Pada masa itu, dia membuat keputusan untuk mengelakkan seorang Tuhan yang mengizinkan dia kehilangan orang tersayangnya. Selepas dia berada dalam kemarahan dan kesedihan kira-kira selama 13 tahun, dia mendapat penyembuhan apabila dia menyerah kehidupannya kepada Yesus Kristus. Kirsten berkahwin dengan Mike di Boulder, Colorado pada tahun 1995. Mereka membesarkan anak mereka berdekatan dengan Boise, Idaho. Biasanya dia gemar membaca, berlari, mengambil gambar atau menikmati secawan mocha tanpa kafein dengan seorang rakan pada masa lapangnya.

Artikel oleh Kirsten Holmberg

Apakah yang di Dalamnya?

“Mahukah anda melihat apa yang ada di dalamnya?” tanya kawan saya. Saya baru sahaja memuji dia mengenai anak patung kain lama yang dipegang oleh anak perempuan kecilnya. Dengan perasaan ingin tahu, saya serta-merta menjawab ya, saya sangat ingin melihat apa yang ada di dalam anak patung itu. Kawan saya pun menterbalikkan anak patung itu dan membuka zip yang tidak menonjol di belakang anak patung. Dalam badan anak patung itu, Emily perlahan-lahan mengeluarkan sebuah barang berharga: anak patung kain yang dipegang dan disayanginya selama bertahun-tahun pada zaman kanak-kanaknya sendiri, lebih daripada dua dekad tahun lamanya. Tanpa anak patung di dalamnya, anak patung “luaran” itu hanyalah kulit kosong yang tidak dapat mengekalkan bentuknya.

Bermula Lagi

Selepas perayaan Krismas berakhir pada penghujung bulan Disember, saya sering terfikir akan tahun yang akan datang. Sementara anak-anak saya tidak bersekolah dan rutin harian kami berjalan dengan perlahan, saya mengenang kembali kejadian-kejadian pada tahun lepas dan mengharapkan tahun baru. Kadangkala kenangan-kenangan tersebut muncul dengan kesakitan dan kekesalan atas kesilapan yang telah saya lakukan. Namun prospek untuk memulakan tahun baru memenuhi saya dengan harapan dan jangkaan. Saya berasa saya berpeluang memulakan segalanya dengan permulaan yang baru, tanpa mengira apa yang telah berlaku pada tahun lepas.

Ham dan Telur

Dalam sebuah dongeng yang mengisahkan tentang ayam dan babi, kedua-dua haiwan tersebut membuat perbincangan untuk membuka sebuah restoran bersama. Sewaktu merancang menu, si ayam mencadangkan untuk menghidangkan ham dan telur. Dengan lantas si babi membantah, “Tidak mahu. Jika sedemikian, saya akan menyerahkan diri sepenuhnya di meja, tetapi kamu pula hanya akan melibatkan diri.”

Lebih Memahami

Apabila kami membawa pulang anak lelaki angkat kami dari luar negara, saya tidak sabar-sabar untuk mencurahkan dia dengan kasih sayang serta menyediakan apa yang kekurangan pada bulan-bulan sebelumnya, terutamanya makanan yang berkualiti kerana dia mengalami defisit pemakanan. Tetapi walaupun kami sudah berusaha dengan sebaik-baiknya, termasuklah pergi berjumpa pakar pemakanan, anak kami tetap membesar dengan sangat perlahan. Selepas hampir tiga tahun, barulah kami mengetahui bahawa badannya tidak dapat menerima sesetengah jenis makanan. Selepas mengeluarkan makanan yang tidak sesuai daripada dietnya, dia membesar lima inci hanya dalam masa beberapa bulan. Walaupun saya berasa sedih kerana saya secara tidak sengaja telah memberikan makanan yang menjejaskan pertumbuhannya sebelum ini, namun kini saya berasa sangat gembira dengan peningkatan dalam kesihatannya.

Apakah Hadiah Terbaik?

Baru-baru ini suami saya telah menyambut hari jadi yang penting, iaitu menyambut umurnya yang berakhir dengan angka sifar. Saya banyak berfikir tentang cara terbaik untuk menghormatinya dalam majlis yang penting ini. Saya pun membincangkan banyak cadangan dengan anak-anak saya untuk membantu saya menentukan sambutan yang terbaik. Saya mahu sambutan kami mencerminkan kepentingan untuk sepuluh tahun seterusnya dan betapa berharganya suami saya bagi keluarga kami. Saya mahu hadiah kami selaras dengan acara yang penting ini dalam hidupnya.

Jauh Lebih Baik

Hari jadi saya adalah sehari selepas hari jadi ibu saya. Semasa saya seorang anak remaja, saya akan tergesa-gesa memikirkan hadiah yang boleh menyenangkan hati ibu mengikut bajet yang saya ada. Dia sentiasa menghargai hadiah saya, dan apabila tiba giliran dia memberikan hadiah, biasanya hadiah itu jauh lebih baik jika berbanding hadiah saya. Namun ini tidak bermaksud dia hendak memperkecil pemberian saya; dia hanya menghadiahi saya menurut apa yang ada padanya, dengan murah hati dan jauh lebih baik.

Berkecukupan

Ketika saya dan suami saya mula-mula diminta untuk mengadakan sebuah kelompok sel di rumah kami, saya menolak permintaan ini dengan segera. Rumah kami kecil, tidak mempunyai tempat duduk yang cukup dan tidak dapat memuatkan ramai orang. Saya ragu-ragu jika kami mampu mengetuai perbincangan dalam kumpulan. Saya juga bimbang kalau diminta untuk menyediakan makanan kerana saya kurang mahir dan kekurangan dari segi kewangan. Saya berasa serba kekurangan dan tidak ada keghairahan untuk menjalankannya. Tetapi kami ingin berbakti kepada Tuhan dan komuniti kami, jadi kami bersetuju meskipun kami bimbang. Selama lima tahun berikutnya, kami berasa amat bahagia kerana dapat melayani kelompok sel tersebut yang bertempat di ruang tamu rumah kami.

Dari Kosong Kepada Penuh

Sebuah buku kanak-kanak yang terkenal menceritakan kisah tentang Bartholomew, iaitu seorang budak lelaki desa yang miskin. Pada suatu hari dia menanggalkan topinya untuk memberi hormat kepada raja. Namun topi yang kelihatan sama akan muncul dengan serta-merta di atas kepalanya, ini pun membangkitkan kemurkaan raja kerana semua ini menyebabkan baginda kelihatan seolah-olah tidak dihormati. Bartholomew pun bergelut untuk menanggalkan topi demi topi ketika diiringi ke istana untuk menghadapi hukuman. Pada setiap masa, topi yang baharu tetap muncul di atas kepalanya. Topi-topi tersebut menjadi semakin istimewa, malah mengandungi permata yang berharga dan bulu hiasan. Topi yang ke-500 menjadi topi kegemaran Raja Derwin, sehingga dia mengampuni Bartholomew serta membeli topi itu dengan 500 keping emas. Akhirnya, tiada topi lagi di atas kepala Bartholomew; dia pun pulang dengan kebebasan dan wang untuk menyara keluarganya.

Serahkan Kepada Tuhan

Ketika saya masih seorang remaja, apabila saya berasa amat tertekan terhadap pelbagai cabaran yang dahsyat atau perlu membuat keputusan yang besar, ibu mengajar saya tentang kebaikan untuk menulis segalanya pada kertas bagi mendapatkan sudut pandangan yang jelas. Apabila saya kurang pasti sama ada perlu mengikuti suatu kursus yang khas atau memilih bidang pekerjaan, atau menghadapi hakikat-hakikat yang menakutkan sebagai orang dewasa, saya mempelajari kebiasaan ibu saya yang menyenaraikan semua fakta asas dan penyelesaian yang mungkin diambil, serta keputusan yang bakal terjadi. Apabila saya menuliskan segala cabaran dengan jujur pada kertas, saya mampu melangkah keluar daripada permasalahan tersebut dan melihatnya dengan cara yang lebih objektif dan bukannya dipengaruhi oleh emosi.