Penulis

Lihat semua
Kirsten Holmberg

Kirsten Holmberg

Kirsten Holmberg ialah seorang penulis, penceramah, sahabat, ibu, isteri dan pengikut Kristus. Pada tahap-tahap berlainan dalam kehidupannya, sekurang-kurangnya salah satu peranan atau tanggungjawab yang harus dipikul tersebut kelihatan mencabar, tetapi dia menjalani kesemua peranan ini dengan sukacita. Bapa Kirsten meninggal dunia apabila dia berumur sembilan tahun. Pada masa itu, dia membuat keputusan untuk mengelakkan seorang Tuhan yang mengizinkan dia kehilangan orang tersayangnya. Selepas dia berada dalam kemarahan dan kesedihan kira-kira selama 13 tahun, dia mendapat penyembuhan apabila dia menyerah kehidupannya kepada Yesus Kristus. Kirsten berkahwin dengan Mike di Boulder, Colorado pada tahun 1995. Mereka membesarkan anak mereka berdekatan dengan Boise, Idaho. Biasanya dia gemar membaca, berlari, mengambil gambar atau menikmati secawan mocha tanpa kafein dengan seorang rakan pada masa lapangnya.

Artikel oleh Kirsten Holmberg

Terlebih Dahulu

Kami berusaha dengan sabar untuk membantu anak lelaki kami sembuh dan menyesuaikan diri dalam kehidupan baharunya dengan keluarga kami. Trauma masa kecilnya di rumah anak yatim menyebabkan dia menunjukkan tingkah laku yang negatif. Walaupun saya berbelas kasihan terhadap kesusahan yang dialaminya sewaktu kecil, saya mula menyisih secara emosi kerana tingkah lakunya. Dengan malu, saya berkongsi pergelutan saya dengan pakar terapinya. Jawapan lembutnya mendedahkan masalah utama kita: “Anak ini memerlukan anda memulakannya ... untuk menunjukkan bahawa dia layak dikasihi sebelum dia dapat belajar untuk mengasihi anda.”

Dasar Yang Teguh

Sebuah salib yang bersinar terpacak di atas Table Rock, Amerika Syarikat. Dari dataran tinggi berbatu ini, anda akan dapat melihat kampung halaman saya. Beberapa buah rumah telah dibina di persekitaran tempat tersebut, tetapi sejak kebelakangan ini, pemilik-pemilik rumah di situ terpaksa berpindah kerana hal keselamatan. Walaupun mereka tinggal berdekatan dengan dasar Table Rock yang teguh, namun kediaman itu tidak selamat. Ia telah mula beralih di atas dasar tersebut—hampir tiga inci sehari—dan menimbulkan risiko pembocoran paip air yang akan mempercepat keruntuhan tanah.

Jalan Tanpa Lampu

Dalam perjalanan pulang dari tempat percutian, saya dan keluarga telah melalui bahagian tengah Oregon, Amerika Syarikat yang terpencil. Selama dua jam selepas senja, kami melalui ngarai yang dalam dan gurun dataran tinggi. Di sepanjang jalan itu, kelihatannya kurang daripada dua puluh buah lampu hadapan kereta menerangi kegelapan jalan. Secara perlahan-lahan, bulan pun mula muncul di langit, cahayanya kelihatan di sepanjang jalan ke puncak bukit, tetapi menjadi gerhana bulan apabila kami melalui tanah rendah. Anak perempuan saya menyebutkan bahawa cahaya bulan mengingatkan dia tentang kehadiran Tuhan. Saya bertanya sama ada dia perlu melihat bulan untuk tahu akan hadirat Tuhan. Dia menjawab, “Tidak, tetapi ini pasti membantu.”

Membiarkan Pergi

Untuk ulang tahun perkahwinan kami, suami saya meminjam sebuah basikal tandem (tunggang bersama) supaya kami boleh menikmati perjalanan romantik bersama. Sewaktu kami mulai mengayuh, saya sedar bahawa sebagai pengayuh di belakang, pandangan saya kepada jalan di hadapan adalah terhalang oleh bahu luas suami saya. Tambahan lagi, gagang basikal di belakang adalah tetap; jadi ia tidak memberi kesan kepada kemudi basikal. Hanya gagang basikal di hadapan yang menentukan arah kami; gagang saya cuma berfungsi sebagai penyokong bahagian atas badan saya. Saya boleh sahaja memilih untuk berasa kecewa kerana tidak turut mengawal basikal tersebut, ataupun menikmati perjalanan itu serta mempercayai Mike akan menunggang dengan selamat di sepanjang perjalanan kami.

Di Belakang Tabir

Anak perempuan saya menghantar mesej kepada kawannya dengan harapan bahawa dia akan mendapat jawapan dengan segera. Perkhidmatan telefon bimbitnya menunjukkan bahawa penerima telah membaca mesej tersebut, jadi dia menantikan jawapan dengan cemas. Masa berlalu, dia menjadi kecewa, mengeluh dengan rasa jengkel kerana jawapan yang lambat. Kejengkelan berubah menjadi kerisauan; dia tertanya-tanya sama ada wujud masalah di antara mereka yang menjadi penyebab respons yang lambat. Akhirnya, jawapan itu sampai dan anak perempuan saya lega kerana tidak ada masalah dalam hubungan mereka. Kawannya hanya perlu mengumpulkan maklumat yang diperlukan sebelum menjawab pertanyaan tersebut.

Dibuai Dengan Hiburan

Kawan saya memberikan saya keyakinan penuh untuk mendukung anak perempuan kesayangannya yang berumur empat hari. Tidak lama kemudian, bayi ini mula menjadi tidak selesa. Saya pun memeluk dia dengan lebih dekat, pipi saya menyentuh kepalanya, dan mula mendodoi serta menyanyi dengan lembut supaya dia berasa selesa. Walaupun telah banyak mencuba, pengalaman saya sebagai seorang ibu selama 15 tahun, saya masih gagal untuk menenangkannya. Bayi itu mula menjadi sedih sehingga saya meletakkan dia kembali ke pangkuan ibunya. Keamanan menyelubunginya dengan serta-merta; tangisan berhenti, dan badan kecilnya terus menjadi relaks. Kawan saya tahu cara untuk memegang dan mendodoikan anaknya yang berasa kurang tenang.

Mengalir Melalui Jari Saya

Secara tidak sengaja, gelas minuman saya tertumpah di atas kaunter restoran, lalu airnya mengalir ke bawah meja dan ke lantai. Oleh sebab saya segan akan apa yang berlaku, saya cuba menakung air itu dengan kedua-dua belah tapak tangan saya. Tetapi saya gagal menakung air tersebut kerana kebanyakannya sudah mengalir melalui celah jari saya. Akhirnya, tapak tangan saya hanya mampu menakung satu sudu kecil air dan kaki saya pula dibasahi air.