Selepas perayaan Krismas berakhir pada penghujung bulan Disember, saya sering terfikir akan tahun yang akan datang. Sementara anak-anak saya tidak bersekolah dan rutin harian kami berjalan dengan perlahan, saya mengenang kembali kejadian-kejadian pada tahun lepas dan mengharapkan tahun baru. Kadangkala kenangan-kenangan tersebut muncul dengan kesakitan dan kekesalan atas kesilapan yang telah saya lakukan. Namun prospek untuk memulakan tahun baru memenuhi saya dengan harapan dan jangkaan. Saya berasa saya berpeluang memulakan segalanya dengan permulaan yang baru, tanpa mengira apa yang telah berlaku pada tahun lepas.

Harapan saya untuk permulaan yang baru menjadi kurang penting jika berbanding dengan harapan yang dinanti-nantikan oleh orang Israel ketika Kores, raja Parsi, membebaskan mereka pulang ke tanah air mereka di Yehuda selepas berada dalam tawanan selama tujuh puluh tahun di Babel. Raja sebelumnya, Nebukadnezar, telah mengusir orang Israel dari tanah air mereka. Tetapi Tuhan mendorong Kores agar menghantar tawanan tersebut ke Yerusalem untuk membina semula bait Tuhan (Ezra 1:2-3). Kores juga mengembalikan harta karun yang telah diambil dari bait Tuhan kepada mereka. Kehidupan mereka sebagai umat pilihan Tuhan, di tanah yang telah ditetapkan kepada mereka, bermula semula setelah mengalami masa kesusahan yang panjang di Babel kerana dosa mereka.

Tanpa mengira apa yang berlaku pada masa lampau kita, apabila kita mengakui dosa kita, Tuhan akan mengampuni serta memberikan kita permulaan yang baru. Inilah harapan yang boleh diyakinkan!