Semasa saya berjalan melewati tembok di luar bangunan pejabat yang saya bekerja, saya kagum melihat bunga yang indah bertumbuh melalui retakan di antara papak konkrit yang menutupi tanah. Walaupun bunga itu bertumbuh di suasana yang serba kekurangan, namun tumbuhan itu telah menemui tapaknya, berakar di celah kering dan semakin berkembang. Kemudian, saya mendapati bahawa unit penyaman udara yang terletak di atas tumbuhan tersebut menitiskan air ke atasnya sepanjang hari. Meskipun persekitarannya amat buruk, tumbuhan itu mendapat bantuan yang diperlukan daripada air di bahagian atas.

Pertumbuhan orang Kristian kadangkala boleh menjadi sukar, tetapi apabila kita tabah dalam Kristus, segala halangan pasti boleh diatasi. Keadaan kita mungkin tidak memihak kita dan kekecewaan telah menjadi halangan kita. Malah jika kita berusaha untuk menjalinkan hubungan kita dengan Tuhan, kita pasti boleh bertumbuh seperti sekuntum bunga tadi. Ini merupakan pengalaman Rasul Paulus. Walaupun menghadapi kesukaran dan cabaran (2 Korintus 11:23-27), dia tidak pernah berputus asa. “Aku … dapat mengambil sesuatu yang kerananya aku telah diambil oleh Kristus Yesus, “tulisnya. “Aku terus berusaha ke arah matlamat mendapatkan ganjaran” (Filipi 3:12, 14).

Paulus menyedari bahawa dia dapat melakukan segala sesuatu melalui Tuhan yang memberikan kekuatan kepadanya (4:13), dan kita juga pasti boleh berbuat demikian apabila kita terus berusaha dengan pertolongan melalui Dia yang memberi kita kekuatan.