Pergaduhan di Tempat Letak Kereta
Adegan di sebuah tempat letak kereta yang kelihatan lucu sebenarnya sangat menyedihkan. Dua pemandu sedang bergaduh dan saling mengeluarkan kata-kata kasar dengan lantang mengenai salah satu kereta yang menghalang laluan. Apa yang membuat pertengkaran ini sangat menyakitkan hati adalah kejadian ini berlaku di tempat letak kereta sebuah gereja. Mereka mungkin baru mendengar khutbah tentang kasih, kesabaran atau pengampunan, tetapi semuanya…
Permulaan yang Baru
Perayaan Tahun Baru Cina berdasarkan kalender Cina, diraikan di pelbagai tempat oleh keluarga berbangsa Cina. Ia biasanya diraikan pada akhir Januari hingga pertengahan Februari. Pada waktu ini, keluarga-keluarga akan berkumpul dengan mengamalkan beberapa tradisi penting seperti membeli dan mengenakan pakaian baru, membersihkan rumah dan membayar hutang. Segala aktiviti ini mengingatkan kita untuk melupakan masa lampau dan memulakan tahun dengan permulaan baru.
Penantian Yang Berbaloi
Disebabkan terikat dengan pekerjaan yang sangat membebankan akibat waktu kerja yang panjang dan majikan yang tidak bertimbang rasa, James berharap dia dapat berhenti kerja. Tetapi dia perlu membayar gadai janji rumah serta menyara isteri dan anaknya yang masih kecil. Dia sangat tergoda untuk meletak jawatan tetapi isterinya mengingatkannya: “Mari kita bertahan dahulu dan lihat apa yang akan diberikan Tuhan kepada kita.”
Diterima dan Dihargai
Sejak kecil, Tenny tiada keyakinan diri. Dia mahu mendapatkan perhatian ayahnya tetapi ini tidak pernah berlaku. Apa sahaja yang dilakukannya, sama ada di sekolah atau di rumah, semuanya tidak pernah cukup baik. Walaupun kini dia sudah menjadi dewasa, perasaan tidak yakin diri itu masih ada. Ini membuatkan dia terus tertanya-tanya, “Adakah aku sudah cukup baik?”
DEMI ORANG LAIN
Semasa tercetusnya pandemik Covid-19, ramai orang Singapura duduk di rumah untuk mengelakkan jangkitan. Tetapi saya tetap meneruskan aktiviti renang dan percaya aktiviti ini selamat.
Pertolongan Roh Kudus
Walaupun saya dan rakan sekelas sekali-sekala ponteng kuliah universiti, semua orang memastikan mereka menghadiri kuliah terakhir Profesor Chris sebelum peperiksaan akhir tahun. Waktu itulah dia akan memberi petua tentang soalan-soalan peperiksaan yang akan dibuatnya.
Setiap Nafas
Ketika Tee Unn dimasukkan ke hospital kerana penyakit autoimun yang telah menyerang daya tahan tubuh sehingga melemahkan semua ototnya dan hampir meragut nyawanya, dia menyedari bahawa dapat bernafas adalah satu kurnia. Selama lebih daripada seminggu, sebuah mesin mengepam udara ke dalam paru-parunya setiap beberapa saat, itulah bahagian rawatan yang paling menyakitkan.
JAM BERDETIK
Sekumpulan pekerja sedang memotong ais dari tasik yang beku dan menyimpannya di gudang ais. Salah seorang menyedari bahawa dia telah kehilangan jam tangannya di dalam bangunan yang tiada tingkap itu. Namun dia dan rakan-rakannya gagal menemukannya.
Perjalanan yang Panjang
Ketika rakan-rakan sekerjanya mendapat kenaikan pangkat, Benjamin berasa sedikit iri hati. “Kenapa kamu belum menjadi pengurus? Kamu layak mendapat jawatan ini!” kata rakan-rakannya. Tetapi dia menyerahkan kerjayanya kepada Tuhan. “Jika ini rancangan Tuhan, aku akan melakukan tugas ini dengan baik,” jawabnya.