Kehilangan Ingatan
Perkhidmatan kecemasan di Carlsbad, California telah menyelamatkan seorang wanita berloghat Australia yang tidak dapat mengingati dirinya. Disebabkan dia mengalami kehilangan ingatan dan tidak membawa kad pengenalan, dia tidak dapat memberitahu namanya atau dari mana asalnya. Para doktor dan media antarabangsa telah bekerjasama untuk memulihkan kesihatannya, berkongsi ceritanya, agar wanita itu dapat bertemu semula dengan keluarganya.
Keajaiban dalam Pemfokusan
Sesetengah kita lebih cenderung melihat kecacatan di dunia ini. Namun seorang jurugambar bagi majalah National Geographic, DeWitt Jones telah menggunakan kepakarannya untuk memerhatikan keindahan dunia ini. Dia menunggu dan memerhati sehingga kemunculan satu alur cahaya, atau perubahan sudut pandangan tiba-tiba memperlihatkan suatu keajaiban yang telah wujud sejak mula lagi. Dengan kameranya, dia berfokus pada keindahan paras rupa orang dan alam semula jadi yang paling biasa.
Doktor Agung
Apabila Dr. Rishi Manchanda menanyakan pesakit-pesakitnya, “Di manakah kamu tinggal?” Dia bukan hanya bertanya tentang alamat mereka. Sebenarnya dia telah mengesan satu pola masyarakat. Mereka yang datang kepadanya untuk bantuan sering hidup dalam alam sekitar yang tertekan. Kulat, perosak dan toksin adalah penyebab sakit mereka. Oleh itu Dr. Manchanda menjadi pendukung bagi penubuhan yang dipanggilnya sebagai Doktor Hulu. Mereka terdiri daripada para pekerja kesihatan yang menyediakan rawatan perubatan kecemasan, sambil bekerjasama dengan pesakit dan komuniti untuk mendapatkan sumber kesihatan yang lebih baik.
Harta Negara
Apabila seorang pengiklan meminda foto karya terkenal Michelangelo—patung wira dalam Alkitab, Daud yang dibentuk daripada marmar, pegawai-pegawai kerajaan dan galeri Itali menyuarakan bantahan mereka. Patung Daud yang digambarkan dengan menyandang senapang di bahunya (dan bukan ali-alinya) merupakan suatu kemusnahan—”tindakan ini adalah lebih buruk daripada memukulnya dengan tukul,” kata seorang pegawai kebudayaan.
Hadiah daripada Ahli Ilmu Bintang
Sepasang suami dan isteri yang muda saling mengasihi walaupun mereka miskin. Ketika Krismas semakin hampir, kedua-duanya bergelut untuk mencari hadiah yang akan menunjukkan mereka amat mempedulikan satu sama lain. Akhirnya, pada malam menjelangnya Krismas, Della menjualkan rambutnya yang panjang sampai ke lutut demi membelikan rantai platinum bagi Jim untuk jam tangan yang diwarisinya daripada ayah dan datuknya. Akan tetapi, Jim baru sahaja menjualkan jam tangan tersebut untuk membeli satu set sikat yang mahal untuk rambut Della.
Bukan Saya
Sebagai salah seorang konduktor orkestra yang terkenal pada abad kedua puluh, Arturo Toscanini diingati kerana dia selalu memberikan penghargaan kepada orang yang layak menerimanya. Dalam karya David Ewen yang bertajuk Dictators of the Baton, penulis itu menghuraikan keadaan ketika anggota Orkestra Filharmonik New York bangkit dan bersorak untuk Toscanini pada akhir sesi latihan Simfoni Kesembilan Beethoven. Ketika tepukan sanjungan itu reda, sambil menangis serta suara yang tertahan-tahan, Arturo berkata: “Bukan saya ... Beethoven yang hebat! … Toscanini bukan siapa-siapa pun.”
Hati Kristus
Seorang wartawan Australia yang telah berada di penjara Mesir selama 400 hari menyatakan emosi yang bercampur baur ketika dia dibebaskan. Sewaktu meluahkan perasaan leganya, dia berkata bahawa dia menerima pembebasannya dengan hati yang amat mengambil berat terhadap rakan-rakan yang ditinggalkannya. Dia berkata bahawa dia amat sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan pemberitanya yang lain. Mereka telah ditahan dan dipenjarakan bersama dengan dia—tanpa mengetahui tempoh penahanan yang masih akan dilalui mereka.
Berakar Dalam
Pokok Sequoia, salah satu daripada tiga jenis spesies ‘redwoods’, adalah antara organisma terbesar dan bertahan paling lama di dunia. Ia boleh bertumbuh hingga 91 meter tinggi, berberat lebih 1.1 juta kilogram, dan hidup selama 3,000 tahun. Tetapi saiz dan umur panjang pokok Sequoia yang megah ini bergantung kepada akarnya yang terdapat di bawah permukaan. Jalinan akar sepanjang 3 hingga 4 meter menjalar seluas satu ekar di bawah tanah, menyokong pokok-pokok ini yang memiliki ketinggian menjulang dan berat yang menakjubkan dengan kukuh.
Alasan Untuk Senyum
Di tempat kerja, kata-kata dorongan adalah sangat penting. Cara para pekerja bercakap sesama mereka mempunyai kesan ke atas kepuasan hati pelanggan, keuntungan syarikat, dan penghargaan antara rakan sekerja. Kajian menunjukkan bahawa anggota daripada kumpulan sekerja yang berkesan dapat memberikan enam kali lebih banyak sokongan kepada sesama mereka, berbanding bantahan, percanggahan pendapat, atau sindiran. Pasukan yang kurang berhasil cenderung menggunakan tiga kali lebih banyak komen negatif untuk setiap kata yang dapat membantu.