Penulis

Lihat semua
Peter W. Chin

Peter Chin

Peter ialah seorang pastor, penulis, penceramah dan pendukung bagi perdamaian antara kaum. Sebagai seorang mahasiswa dari Universiti Yale dan Seminari Fuller, dia telah mengembala dan mengasaskan beberapa gereja di California, Virginia dan Washington, DC. Kini dia melayani sebagai ketua pastor di Gereja Rainier Avenue di Seattle, Washington—salah sebuah kawasan yang terbentuk daripada pelbagai budaya di Amerika Syarikat. Dia juga bekas penulis ruang bagi Christianity Today dan penulis buku Blindsided by God, satu kenangan hidup mengenai pergelutan isterinya terhadap penyakit kanser ketika mengandung anak ketiga mereka. Peter ialah suami kepada isteri yang berjaya melawan barah payudara dengan berani, dan bapa kepada lima orang anak yang comel.

Artikel oleh Peter Chin

Hidup Dipimpin Roh Kudus

10 ribu jam. Menurut penulis Malcolm Gladwell, itulah tempoh yang diperlukan untuk menjadi pakar dalam apa jua kemahiran. Demikian dengan artis dan ahli muzik yang sangat hebat sepanjang masa. Kebolehan semula jadi yang dimiliki mereka tidak mencukupi bagi mereka untuk mencapai tahap kemahiran yang akhirnya dicapai mereka. Mereka perlu menanam diri mereka dalam kemahiran itu setiap hari.

Kisah yang Luar Biasa

Seorang rakan yang murah hati menawarkan diri untuk menjaga anak-anak kami supaya saya dan isteri boleh keluar berdua-duaan. “Kamu sepatutnya pergi ke suatu tempat yang istimewa!” katanya dengan beria-ia. Kami menuruti cadangannya, tetapi kami akhirnya memutuskan untuk pergi membeli barangan runcit. Sewaktu kami kembali, dengan barangan runcit yang ada di tangan kami, sahabat kami itu bertanya mengapa kami tidak melakukan seperti yang dicadangkannya. Kami memberitahunya bahawa apa yang membuatkan masa berdua-duaan itu istimewa bukan apa yang kita lakukan, melainkan dengan siapa yang kita keluar bersama.

Berkat Kita, Kasih-Nya

Pada tahun 2015, seorang wanita membuang komputer milik suaminya yang telah meninggal dunia di pusat kitar semula—sebuah komputer yang telah diciptakan pada tahun 1976. Apa yang lebih penting daripada soalan bila ia diciptakan, ialah siapa yang telah menciptakannya. Ia adalah salah sebuah daripada 200 komputer yang dipasang oleh pengasas Apple, Steve Jobs sendiri dan bernilai 250 ribu dolar! Kadangkala jika mengetahui nilai sebenar sesuatu benda bermaksud mengetahui siapa yang menciptakannya.

Bukan Kelas Kedua

Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson diiktiraf sebagai salah seorang pemimpin yang paling berkuasa di dunia. Tetapi hanya sedikit orang yang mengetahui bahawa selepas dia menghidapi strok yang serius pada tahun 1919, isterinya yang menguruskan hampir semua urusannya, menentukan isu-isu yang perlu diberikan perhatiannya. Malah, ahli-ahli sejarah moden percaya bahawa untuk sementara waktu, sebenarnya Edith Wilson yang berkhidmat sebagai presiden Amerika Syarikat.

Lebih Daripada Sekadar Air

Salah satu kenangan tentang gereja pada zaman kanak-kanak saya ialah seorang pastor berjalan menuju para jemaah, mencabar kami “ingatlah air baptisan kami”. Mengingat air itu? Saya bertanya kepada diri sendiri. Bagaimanakah saya boleh mengingat air tersebut? Kemudian pastor itu terus menyimbah setiap orang dengan air, membuat saya berasa gembira dan bingung pada masa yang sama sebagai seorang kanak-kanak kecil.

Kuasa Dorongan

Apabila dia masih kecil, Benjamin West cuba melukis gambar adik perempuannya, tetapi lukisan tersebut tidak menyerupai rupa adiknya. Setelah ibunya melihat hasil karyanya, dia menciumnya di dahi dan berkata, “Inilah Sally!” Dia kemudian berkata bahawa ciuman itulah yang mendorong dia menjadi seorang pelukis, malah seterusnya menjadi seorang pelukis Amerika yang terkenal. Dorongan itu sangat berkuasa!

Siapa Diri Kita

Saya tidak akan melupakan peristiwa sewaktu saya membawa bakal isteri saya bertemu dengan keluarga saya. Dengan mata yang bersinar, dua abang saya menanyakannya, “Apakah keistimewaan lelaki ini sebenarnya yang menyebabkan anda menyukainya?” Dia tersenyum dan meyakinkan mereka bahawa rahmat Tuhan telah mengubah lelaki ini menjadi orang yang dicintainya.

Tidak Pernah Terlambat

Sewaktu detik-detik cemas yang menyusuli serangan jantung ibu mentua saya, syukurlah sebab dia dapat menerima rawatan perubatan yang segera. Kemudian doktor yang merawatnya memberitahu, kadar hidup bagi pesakit serangan jantung yang kritikal adalah 33 peratus, jika dia mendapat rawatan dalam 15 minit. Tetapi jika rawatan diterima di luar jangka masa itu, maka kadar hidup hanya tinggal 5 peratus.

Bukan Sekadar Menunggu

Polis menahan seorang perempuan atas tuduhan memandu secara melulu. Dia telah memandu di laluan pejalan kaki, serta berundur kembali kerana dia tidak mahu menunggu di belakang bas sekolah yang sedang menurunkan para pelajar!