Penulis

Lihat semua
Philip Yancey

Philip Yancey

Sejak tahun 1977, Philip Yancey telah menulis 25 buku yang menjual lebih daripada 15 juta naskhah. Buku-bukunya menanggapi soalan-soalan yang sukar dan sering dengar, seperti Where Is God When It Hurts? dan What’s So Amazing about Grace? Pada tahun 1971, Philip menjadi staf bagi majalah Life sehingga tahun 1978 apabila dia menjadi penulis sepenuh masa. Dia dan isterinya Janet tinggal di Evergreen, Colorado, tempat yang mereka suka mendaki bukit, hidupan liar, dan tempat-tempat yang menarik di sekeliling Rocky Mountains. Philip mula menulis untuk Our Daily Bread pada tahun 2008.

Artikel oleh Philip Yancey

Jangan Takut!

Hampir setiap kali malaikat muncul dalam Alkitab, perkataan pertama yang dikatakannya adalah “Jangan takut!” Tidak hairanlah. Apabila kuasa yang luar biasa berhubung dengan planet Bumi, keadaan seperti ini biasanya menyebabkan manusia takut. Tetapi Lukas menyatakan bahawa Tuhan membuat penampilan dalam satu bentuk yang tidak menakutkan. Tuhan menggunakan cara yang kita tidak perlu takut melalui Yesus, yang dilahirkan di kandang binatang dan diletakkan di dalam palung. Apakah yang menakutkan tentang seorang bayi yang baru dilahirkan?

Tuhan Berbicara

Kita boleh melihat hampir setiap pertengkaran tentang mengapa berlakunya kesakitan di dunia dalam kitab Ayub, namun pertengkaran itu kelihatan tidak dapat membantu Ayub. Krisis yang dialaminya adalah lebih berbentuk krisis hubungan berbanding krisis keragu-raguan. Bolehkah dia mempercayai Tuhan? Ada satu perkara yang sangat diingini oleh Ayub: kehadiran Seseorang yang dapat menerangkan nasib malangnya. Dia ingin bertemu dan berhadapan muka dengan Tuhan secara peribadi.

Memecahkan Kesunyian

Pada hujung Perjanjian Lama, Tuhan seakan-akan menyembunyikan diri. Selama empat abad, orang Yahudi berada dalam keadaan yang penuh penantian dan pertanyaan. Tuhan seakan-akan bersikap pasif, tidak peduli, serta tuli terhadap doa-doa mereka. Satu harapan sahaja yang tertinggal: janji sejak zaman kuno tentang kedatangan seorang Mesias. Maka orang Yahudi menaruhkan segala harapan mereka pada janji itu. Kemudian satu perkara penting telah berlaku. Kelahiran seorang bayi telah diumumkan.

Sebab Utama

Inilah cara Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia supaya melalui Anak-Nya kita beroleh hidup sejati dan kekal. 1 Yohanes 4:9

Yesus membetulkan konsep saya yang keliru terhadap Tuhan. Dia mendedahkan seorang Tuhan yang datang untuk mencari kita, Tuhan yang memulihkan kebebasan kita, dan selain daripada semua ini Tuhan merupakan Tuhan yang penuh kasih.

Mereka…

Bumi yang Baik

Ketika beredar mengelilingi bulan pada tahun 1968, angkasawan Apollo 8, Bill Anders, menggambarkan pandangan dekat landskap bulan yang dilihat oleh anak-anak kapal angkasa itu. Dia memanggil bulan sebagai “Tempat yang tidak menyenangkan hati … tandus dan mempunyai pandangan yang tidak menarik.” Kemudian anak-anak kapal bergilir-gilir membaca Kejadian 1:1-10 kepada semua penonton di bumi yang sedang melihat mereka melalui televisyen. Selepas Komander Frank Borman selesai membaca ayat 10, “Allah melihat semua itu baik,” dia mengakhirinya dengan, “Tuhan memberkati anda semua, anda semua di Bumi yang baik ini.”

Membangun Komuniti

“Komuniti” merupakan tempat seseorang yang anda tidak ingin hidup bersama sentiasa berada , kata Henri Nouwen. Sering kali kita bergaul dengan orang yang kita paling ingin hidup bersama, ini sebenarnya membentuk kelab atau puak, bukan komuniti. Sesiapa sahaja boleh membentuk kelab; namun ia memerlukan rahmat, wawasan bersama, dan kerja keras untuk membina sebuah komuniti.

Rahmat Tuhan Yang Sempurna

Pengajaran Yesus tentang standard Tuhan dan rahmat Tuhan yang mutlak kelihatannya bertentangan.

Tuhan Mempedulikan

Dalam kerjaya saya sebagai seorang penulis, saya sering mengkaji masalah penderitaan. Saya berulang kali menulis kisah yang berkaitan dengan perkara itu, umpama mengungkitkan kelukaan lama yang tidak pernah sembuh. Saya pernah mendengar perkongsian daripada pembaca-pembaca buku saya, kisah kesedihan mereka membantu saya lebih memahami topik penderitaan. Saya teringat seorang pastor muda menelefon saya dan berkata, “Bagaimana saya dapat bercakap tentang Tuhan yang pengasih?” selepas dia mengetahui bahawa isteri dan bayinya menjangkiti penyakit AIDS akibat pemindahan darah.

Adakah Saya Berguna?

“Tubuh Kristus” merupakan frasa misteri yang digunakan lebih daripada 30 kali dalam Perjanjian Baru. Rasul Paulus amat bersetuju bahawa frasa itu ditonjolkan sebagai gambaran gereja. Selepas Yesus kembali ke syurga, Dia menyerahkan misi-Nya kepada lelaki dan perempuan yang berkelemahan dan kurang cekap. Dia mengambil peranan sebagai kepala gereja, sambil menyerahkan tugas sebagai tangan, kaki, telinga, mata dan suara kepada murid-murid-Nya yang tidak menentu—dan kepada anda dan saya.