Penulis

Lihat semua
Remi Oyedele

Remi Oyedele

Remi ialah seorang pakar kewangan yang profesional dan penulis bebas yang bersemangat dalam firman Tuhan dan buku kanak-kanak. Matlamat hidup utamanya adalah menyampaikan kebenaran Alkitab melalui kisah-kisah kanak-kanak agar mereka menyimpannya dalam hati. Jadi tanpa hairan, C. S. Lewis menjadi inspirasi utamanya! Remi merupakan Sarjana Sastera dalam penulisan kanak-kanak dan telah melengkapkan kursus-kursus gaya pos di Christian Writer’s Guild dan Institut Kesusasteraan Kanak-Kanak. Remi berasal dari Nigeria, kini dia menetap di Florida Tengah yang dia akan membaca dan menulis blog di wordzpread.com pada masa lapang. Suaminya, David, peminat nombor satu bagi blognya.

Artikel oleh Remi Oyedele

Apabila Kita Memuji

Ketika Willie yang berusia 9 tahun diculik dari halaman depan rumahnya pada tahun 2014, dia menyanyikan lagu Injil kegemarannya Every Praise (Setiap Pujian) berulang kali. Semasa pengalaman ngeri selama 3 jam itu, Willie berulang kali tidak mengendahkan arahan penculik itu yang menyuruhnya duduk diam ketika mereka memandu. Akhirnya, penculik itu melepaskan Willie keluar dari kereta tanpa dicederakan. Kemudian, Willie menggambarkan kejadian itu sambil mengatakan bahawa walaupun dia berasa takut, dia memfokuskan iman, dan penculik itu kelihatannya berasa terganggu dengan lagu tersebut.

Pendirian Iman

Desmond Doss memasuki tentera semasa Perang Dunia Kedua. Walaupun kepercayaan agamanya melarang dia membawa pistol, Doss mampu berkhidmat sebagai ahli perubatan di tempat pertempuran. Dalam satu pertempuran, dia mampu bertahan daripada tembakan musuh yang sengit dan berulang-ulang serta menarik seramai 75 orang askar dalam unitnya ke tempat selamat setelah mereka cedera. Kisahnya diceritakan dalam dokumentari The Conscientious Objector (Penolak Berdasarkan Hati Nurani) dan dimainkan dalam filem Hacksaw Ridge.

Ilusi Pengawalan

Hasil kajian Ellen Langer pada tahun 1975 yang bertajuk The Illusion of Control (Ilusi Pengawalan) telah membuat penelitian tentang tahap pengaruh kita terhadap peristiwa dalam kehidupan. Dia mendapati bahawa kita membuat penilaian yang berlebihan tentang tahap pengawalan kita dalam kebanyakan situasi. Kajian itu juga menunjukkan bagaimana realiti selalu hampir menghancurkan ilusi kita.

Warna Kehidupan

Sewaktu Xavier McCoury memakai cermin mata yang dikirimkan oleh Mak Cik Celena semasa hari jadinya yang ke-10, dia tiba-tiba menangis! Rupa-rupanya Xavier ialah penghidap buta warna sejak lahir. Sebelum ini dia hanya boleh melihat dunia ini dalam warna kelabu, putih dan hitam. Namun dengan cermin mata EnChroma yang baru ini, Xavier dapat melihat warna untuk kali pertama. Kegembiraan yang ditunjukkan oleh Xavier kerana menyaksikan kecantikan di sekelilingnya membuatkan keluarganya seakan-akan mengalami satu mukjizat.

Keangkuhan Dibakar

Pada Februari 1497, seorang Rahib bernama Girolama Savonarola memulakan satu kebakaran. Sebelum ini, dia dan pengikutnya menghabiskan beberapa bulan untuk mengumpul barang-barang yang mereka berpendapat mungkin akan menarik orang melakukan dosa atau mengabaikan tugas-tugas agama mereka—termasuk karya seni, kosmetik, instrumen, dan pakaian. Pada hari yang telah ditetapkan, ribuan benda yang dianggap telah menyebabkan keangkuhan dikumpulkan di dataran awam di Florence, Itali, dan dibakar. Acara ini telah dikenal sebagai Pembakaran Keangkuhan (Bonfire of the Vanities).

Tuhan Kepada Semua Orang

Bekas vokalis utama Newsboys, Peter Furler menghuraikan persembahan lagu pujian band itu “Dia Memerintah” (He Reigns). Lagu ini menggambarkan dengan jelas tentang orang percaya dari setiap suku dan bangsa datang bersama untuk menyembah Tuhan dalam kesatuan. Furler memerhatikan bahawa setiap kali Newsboys menyanyikannya, dia dapat merasakan gerakan Roh Kudus dalam perhimpunan orang percaya.

Melepaskan Diri Secara Ilahi

Misteri Hercule Poirot dalam karya Agatha Christie, The Clocks melibatkan antagonis yang melakukan siri pembunuhan. Walaupun plot awal mereka hanya menyasarkan seorang mangsa, namun mereka mula meragut lebih banyak nyawa untuk melindungi jenayah pertama. Ketika berhadapan dengan detektif Poirot, seorang konspirator mengakui, “Pada asalnya kita sepatutnya hanya melakukan satu pembunuhan.”

Orang Kudus dan Berdosa

Sebelum mengikut jejak Yohanes Pembaptis dengan menjalani kehidupan di padang gurun, Mary yang berasal dari Mesir (344-421 TM) menghabiskan masa mudanya mengejar keseronokan dalam hubungan sulit dan menggoda lelaki. Pada kemuncak “kariernya” yang buruk itu, dia pergi ke Yerusalem untuk cuba menggoda para penziarah Kristian. Sebaliknya, dia mengalami keinsafan yang mendalam daripada dosa-dosanya, dan kemudian hidup dalam pertaubatan serta menyendiri di padang gurun. Perubahan hidup Mary yang luar biasa itu menyatakan kebesaran rahmat Tuhan dan kuasa salib yang memulihkan.

Lagu Penciptaan

Dengan menggunakan astronomi akustik, para ahli sains boleh memerhati dan mendengar bunyi ruang di angkasa. Mereka telah menemukan bahawa bintang-bintang tidak mengorbit dengan senyap di langit pada waktu malam yang penuh misteri, tetapi menghasilkan muzik. Seperti bunyi paus kelasa, gema bintang-bintang wujud pada jarak gelombang atau frekuensi yang mungkin tidak dapat didengar oleh telinga manusia. Tetapi, muzik bintang-bintang dan ikan paus serta makhluk lain bergabung untuk menghasilkan simfoni yang mengisytiharkan keagungan Tuhan.