Penulis

Lihat semua

Artikel oleh Tim Gustafson

Harungi Bersama dalam Rintangan

Kelly menghidapi kanser otak ketika berlakunya krisis COVID-19. Kemudian cecair telah terbentuk di sekeliling jantung dan paru-parunya, dan dia perlu dimasukkan ke hospital semula. Keluarganya tidak dapat datang melawat akibat pandemik. Suaminya, Dave bertekad untuk melakukan sesuatu untuk Kelly.

Tuhan Pemilik Taman

Bertahun-tahun yang lalu, Joni Mitchell menulis sebuah lagu yang berjudul “Woodstock” ketika dia melihat umat manusia terperangkap dalam “tawar-menawar” dengan Iblis. Untuk mendorong para pendengarnya kembali kepada kehidupan yang lebih sederhana dan damai, Mitchell menuliskan tentang kembali ke “taman.” Mitchell mencerminkan suara hati generasi yang menginginkan makna dan tujuan kehidupan.

Langkah yang Drastik 

Busur istiadat dan anak panah yang dihiasi telah bergantung pada dinding rumah kami di Michigan selama bertahun-tahun. Saya mewarisinya daripada bapa saya, yang memperoleh cenderamata itu ketika kami melayani sebagai mubaligh di Ghana.

Menolak Rasionalisasi

Seorang pegawai polis di Atlanta bertanya kepada seorang pemandu sama ada dia tahu sebab dia disuruh berhenti. “Tak tahu!” katanya kebingungan. “Puan menghantar mesej ketika memandu,” kata pegawai polis itu dengan lembut. “Tak ada, tak ada!” dia membantah sambil mengangkat telefon pintarnya sebagai bukti. “Aku cuma mengirim e-mel.”

Kesilapan Peramal Cuaca

Pada tahun 1854, seorang pegawai artileri Rusia yang muda menyaksikan pembunuhan beramai-ramai dalam medan perang yang berlaku jauh di bawah penempatan meriamnya di puncak bukit. “Ini satu ‘keseronokan’ yang ganjil,” tulis Leo Tolstoy, “untuk melihat orang saling membunuh. Namun, setiap pagi dan setiap petang, saya akan … menghabiskan masa selama berjam-jam untuk menyaksikannya.”

Bermain dengan Alam Semesta

Pada awal 1980-an, seorang ahli astronomi terkemuka yang tidak percaya kepada Tuhan menulis, “Ada satu fakta umum yang mencadangkan bahawa satu intelek yang luar biasa telah mempermainkan fizik, begitu juga dengan kimia dan biologi.” Namun di kaca mata seorang ahli sains, ada bukti menunjukkan bahawa sesuatu telah mencipta semua yang kita dapat lihat dalam alam semesta. Dia menambah, “Tiada kuasa rambang dalam penciptaan alam semula jadi.” Dengan kata lain, semua yang kita dapat lihat seolah-olah telah dirancang oleh Seseorang. Namun, ahli astronomi itu tetap kekal sebagai ateis (tidak percaya kepada kewujudan Tuhan).

Putar Semula Masa

‘Kalaulah boleh putar semula masa,” kata seorang lelaki yang meratapi seorang rakan yang meninggal dunia pada usia muda. Kata-katanya menimbulkan kepiluan dalam lubuk hati manusia pada setiap zaman. Kematian itu menggerunkan dan menakutkan setiap orang. Hati kita sakit kerana tidak dapat memperbaiki apa yang telah berlalu.

“Hari Sudah Malam” 

Novel Eli Wiesel yang bertajuk Night (Malam), secara jelas mendedahkan kengerian Holocaust (peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh rejim Nazi pimpinan Hitler). Berdasarkan pengalamannya sendiri di kem maut Nazi yang ngeri, kisah Wiesel mengimbas kembali kisah dalam kitab Keluaran. Semasa Musa dan orang Israel melarikan diri daripada perhambaan pada Hari Paska pertama (Keluaran 12), Wiesel pula menceritakan pihak Nazi menangkap pemimpin Yahudi setelah perayaan Hari Paska. 

Kehilangan Masa Lalu

Disebabkan oleh kerosakan akhlak dan pemborosan yang melanda kerajaannya, Raja Yeongjo dari Korea (1694–1776) memutuskan untuk membawa perubahan. Maka dia melarang seni tradisional sulaman benang emas kerana terlalu mewah. Namun ketika dia membuang segala amalan yang buruk, dia turut membuang amalan yang baik. Tidak lama kemudian, pengetahuan dan kemahiran seni tradisional yang melibatkan proses rumit itu pun hilang.