Pada fasa permulaan pandemik…
Kasih Mak Cik Betty
Ketika saya masih kecil, bila-bila sahaja Mak Cik Betty yang sangat memanjakan kami datang melawat, rasanya seperti hari Krismas. Dia akan membawa permainan Star Wars dan memberi saya wang saku sebelum dia pulang. Setiap kali saya tinggal bersamanya, dia akan memenuhkan peti sejuk dengan aiskrim dan tidak memasak sayur-sayuran. Dia menetapkan beberapa syarat dan membenarkan saya berjaga sehingga larut malam. Mak Cik Betty memang seorang yang sangat baik, malah mencerminkan kemurahan Tuhan. Bagaimanapun, untuk bertumbuh menjadi sihat, saya bukan sahaja memerlukan kasih Mak Cik Betty. Saya juga memerlukan pimpinan dan harapan ibu bapa saya ke atas kelakuan saya.
Hati yang Rela Memberi
Vicki mula mengumpul wang dan merancang untuk membeli kenderaan baru kerana kereta lamanya tidak dapat diperbaiki lagi. Chris, seorang pelanggan yang sering mengunjungi kaunter pandu lalu di restoran tempat Vicki bekerja, terdengar tentang keperluan Vicki dan ingin membantunya. Chris berkata. “Aku tidak dapat berhenti memikirkannya, aku perlu melakukan sesuatu.” Oleh itu, dia membeli kereta terpakai anak lelakinya (anaknya baru sahaja mahu menjualnya) dan menggilap kereta itu lalu menyerahkan kunci kepada Vicki. Vicki terkejut. “Siapa ... yang melakukan ini?” katanya penuh kekaguman dan kesyukuran.
Pulang
Walter Dixon hanya dapat berbulan madu selama 5 hari sebelum dia dihantar untuk menyertai Perang Korea. Kurang daripada setahun kemudian, pasukan tentera menjumpai jaketnya di medan peperangan bersertakan surat-surat daripada isterinya di dalam poket. Pegawai tentera memaklumkan isterinya bahawa suaminya telah terbunuh. Sebenarnya, Dixon masih hidup dan menjadi tawanan selama 2 tahun setengah. Setiap kali dia merancang untuk pulang tetapi gagal selepas cuba melarikan diri sebanyak 5 kali. Akhirnya, dia dibebaskan. Bayangkan kejutan keluarganya apabila dia berjaya pulang ke rumah!
Tuhan Memegang Kita
Fredie Blom dari Afrika Selatan berumur 114 tahun pada 2018 dan dikenal sebagai orang tertua. Dia dilahirkan pada tahun 1904, pada tahun adik-beradik Wright membina kapal terbang Flyer II, dia pernah melalui dua Perang Dunia, aparteid (dasar perkauman) dan Kemelesetan Ekonomi Dunia. Ketika ditanya rahsia untuk umur yang panjang, Blom hanya mengangkat bahu. Seperti kebanyakan kita, dia tidak selalu memilih makanan dan amalan yang menjaga kesihatan. Walau bagaimanapun, Blom menyatakan satu sebab untuk kesihatannya yang luar biasa: “Hanya ada satu perkara, itulah [Tuhan]. Dia ada segala kuasa … Dia memegangku.”
Bersama Menanggung Penderitaan
Pada tahun 2013, James McConnell, seorang veteran Marin Diraja British yang berusia 70 tahun telah meninggal dunia. McConnell tidak mempunyai keluarga, dan kakitangan di rumah jagaannya bimbang tiada sesiapa akan menghadiri majlis pengebumiannya. Seorang lelaki yang ditugaskan untuk upacara memperingati McConnell menyiarkan mesej di Facebook yang berbunyi, “Pada zaman sekarang ini, cukup tragis bahawa sesiapa yang meninggalkan dunia ini tanpa orang meratapi pemergian mereka, tetapi James ialah keluarga kita. ... kehadiran anda amat dihargai jika anda dapat memberi penghormatan kepada bekas tentera ini.” Seramai 200 Marin Diraja memenuhi bangku gereja!
Peperangan Betul-Betul Tamat
Selama 29 tahun selepas Perang Dunia Ke-2 berakhir, Hiroo Onoda bersembunyi di hutan dan tidak mahu percaya bahawa negaranya telah menyerah kalah. Pemimpin tentera Jepun telah mengutus Onoda ke Pulau Lubang yang terpencil di Filipina dengan arahan untuk merisik Angkatan Tentera Bersekutu. Sekian lama selepas perjanjian damai ditandatangani dan peperangan sudah tamat, Onoda masih tinggal di situ. Pada tahun 1974, ketua pegawai Onoda pergi ke pulau itu untuk mencari dia dan meyakinkannya bahawa perang sudah berakhir.
Kasih Kurnia Besar dan Luas
Alexa, peranti kawalan suara Amazon, mempunyai ciri yang menarik: alat ini dapat memadamkan semua yang anda katakan. Apa sahaja yang anda minta daripada Alexa, atau memberi arahan untuk mendapat kembali maklumat, satu kalimat mudah (“Padamkan semua yang saya katakan hari ini”) maka ia akan menyapu bersih semuanya seolah-olah tiada sesuatu pun yang pernah berlaku. Sedihnya keupayaan ini tidak wujud dalam bahagian kehidupan kita yang lain. Setiap silap kata, setiap perbuatan yang memalukan, setiap saat yang kita harap dapat dipadamkan—kita hanya perlu memberikan arahan dan semua perkara yang tidak menyenangkan itu akan lenyap.
Sungguh Rendah Hati, Sungguh Hebat
Semasa Revolusi Amerika berakhir dengan penyerahan England yang tidak terjangka, ramai ahli politik dan pemimpin tentera memilih Jeneral George Washington sebagai raja yang baru. Dunia pada masa itu sedang memerhatikan sama ada Washington akan terus berpegang pada cita-citanya untuk menegakkan kebebasan dan kemerdekaan setelah memperoleh kuasa mutlak dalam genggamannya. Namun, Raja England, Raja George III mempunyai pandangan yang lain. Dia yakin bahawa jika Washington menolak godaan kuasa dan kembali ke ladangnya di Virginia, dia akan menjadi “orang yang paling berkuasa di dunia.” Raja tahu bahawa kehebatan terbukti pada saat seseorang menolak godaan kuasa, dan ini sememangnya kemuliaan dan kehebatan yang benar.