Saya Nampak Kamu
Semasa Xavier berumur dua tahun, dia meluru ke satu lorong selepas satu lorong di sebuah kedai kasut kecil. Semasa bersembunyi di belakang himpunan kotak kasut, dia tertawa kecil apabila suami saya, Alan, berkata, “Saya nampak kamu”.
Seperti Yang Diiklankan
Sewaktu percutian, saya dan suami telah mendaftar untuk menyertai aktiviti berkayak sepanjang Sungai Chattahoochee, Georgia. Setelah memakai sandal, gaun tidak berlengan dan topi bertepi lebar, saya mengeluh apabila kami mendapati bahawa segalanya adalah berbeza daripada apa yang diiklankan, kerana kami harus melalui beberapa jeram. Syukurlah, kumpulan kami termasuklah satu pasangan yang berpengalaman dalam kayak arus deras. Mereka mengajar suami saya asas berkayak dan berjanji untuk memimpin kami ke destinasi dengan selamat. Saya bersyukur kerana kami memakai jaket keselamatan, namun saya berteriak dan berpegang pada pemegang plastik pada kayak sehingga kami tiba di tepi sungai yang berlumpur. Saya melangkah keluar dan membuang air daripada dompet sementara suami saya membantu untuk mengeringkan baju saya. Kami tertawa, walaupun pengalaman itu tidak seperti yang diiklankan.
Bapa yang Sempurna
Ketika saya berdiri di lorong dalam sebuah kedai yang penuh sesak, saya menghadapi kesukaran untuk membeli kad Hari Bapa yang terbaik. Sungguhpun kami telah berdamai daripada hubungan yang tegang selama bertahun-tahun lamanya, saya tidak pernah berasa rapat dengan bapa saya.
Bertahan dengan Damai
Ketika saya terus mempercayai Tuhan sambil bergelut dengan kesakitan kronik, kesusahan yang paling kecil pun terasa seperti serangan musuh yang paling kejam. Masalah Pertama menyerang bahagian kanan badan saya. Masalah Kedua menyerang saya dari belakang. Masalah Ketiga ialah seakan-akan ada tumbukan pada bahagian hidung. Pada saat-saat begini, apabila kekuatan saya merosot dan perasaan lega melenyap dengan segera, seumpamanya melarikan diri dan menyembunyikan diri merupakan idea yang baik. Tetapi oleh sebab saya tidak dapat melepaskan diri daripada kesakitan, tidak dapat mengubah keadaan, atau tidak menghiraukan perasaan saya, maka saya belajar dengan bergantung kepada Tuhan untuk membawa saya melaluinya.
Latihan Semasa Kerja
Saya teragak-agak sewaktu guru anak lelaki saya meminta saya menjadi penjaga bagi khemah sains mereka. Bagaimanakah saya dapat menjadi teladan yang baik sedangkan saya melakukan banyak kesilapan pada masa lampau, dan saya juga masih bergelut serta kembali ke tabiat lama? Tuhan telah menolong saya mengasihi dan membesarkan anak saya, tetapi saya sering meragui bahawa Tuhan dapat memakai saya untuk menolong orang lain.
Hanya Dengan Doa
Seorang kawan menelefon saya pada lewat tengah malam sewaktu rawatan kansernya. Saya berasa sangat sedih dengan tangisannya yang tidak terkawal, saya turut menangis dan berdoa tanpa suara. Apakah yang patut saya lakukan, ya Tuhan?
Kemuliaan Bagi Penanam
Pada suatu hari, tanpa diduga, saya mendapati ada setompok warna kuning di sebelah kanan jalan masuk ke rumah kami. Rupa-rupanya ada enam tangkai bunga dafodil berwarna kuning yang sedang mekar dan tumbuh tinggi antara dua buah batu besar yang seakan-akan menghimpitnya. Oleh sebab saya tidak pernah menanam, membaja, atau menyiram bunga itu, saya tidak memahami bagaimana dan mengapa bunga ini telah tumbuh di halaman rumah kami.
Tidak Akan Patah Semangat
Sebagai orang tempatan California yang amat suka akan cuaca panas, saya biasanya mengelakkan segala sesuatu yang berkaitan dengan cuaca sejuk. Namun saya suka melihat gambar-gambar salji. Saya tersenyum melihat sekeping gambar musim dingin yang dikongsikan oleh seorang sahabat dari Illinois. Dalam gambar itu kelihatan sepohon anak pokok di luar tingkap rumahnya. Rasa kagum saya bertukar menjadi sedih apabila saya mendapati dahan-dahan pokok itu terkulai ke bawah kerana beban daripada isikel (ais berbentuk jejarum) yang bergemerlapan dan bertimbun di hujung dahan-dahannya.
Pemberian yang Murah Hati
Ketika anak lelaki saya, Xavier berusia enam tahun, seorang kawan melawat kami dengan membawa anak kecilnya dan Xavier ingin memberinya beberapa mainan. Saya berasa gembira kerana kemurahan hati anak kami, sehingga dia menawarkan haiwan mainan yang suami saya telah bersusah-payah mencari di beberapa kedai di beberapa buah bandar. Oleh sebab kawan saya tahu tentang kesukaran untuk membeli mainan itu, maka dia cuba menolak dengan sopan. Namun, Xavier menghadiahi anaknya mainan itu dan berkata, “Ayah saya memberi saya banyak mainan untuk dikongsikan.”