Category  |  Pedoman Harian

Mata yang Dibuka Tuhan

Pada suatu petang di sebuah kafe, saya ternampak seorang anak perempuan yang belum dua tahun duduk bersama ibu bapanya di meja sebelah. Semasa ibu bapanya berbual dengan kawan-kawan mereka, seekor burung merpati terbang masuk dan mematuk serpihan makanan di lantai. Budak kecil itu sangat kagum melihat burung itu dan menjerit kegembiraan untuk menarik perhatian orang dewasa. Tetapi ibu bapanya tidak melihat apa yang dia lihat. Mereka hanya senyum kepadanya dan sambung berbual semula.

Yesus, Anugerah yang Teragung

“Muzik apa yang lebih merdu dapat kita persembahkan/ Selain karol untuk dinyanyikan/ Sempena kelahiran Raja Syurgawi kita?” Baris-baris puisi abad ke-17 bertajuk “What Sweeter Music” oleh Robert Herrick ini telah digubah semula oleh komposer koir zaman moden, John Rutter, dan menjadi lagu kegemaran musim Krismas. Melodinya yang lembut mengisahkan musim penantian yang panjang lagi dingin, yang dilegakan oleh rasa sukacita akan kedatangan Yesus. Para penyanyi mempersembahkan karol Krismas untuk-Nya; manakala para pendengar diminta untuk menyerahkan hati mereka.

Ketakutan Menjadi Sukacita

Ramai ahli sejarah percaya bahawa siaran radio pertama, yang mengandungi muzik dan ucapan telah didengar oleh para operator radio di kapal Tentera Laut Amerika Syarikat dan kapal-kapal lain di Lautan Atlantik pada malam Krismas, tahun 1906. Kali ini bukannya bunyi kod Morse, iaitu bunyi bip dan denyutan untuk menghantar kod yang kedengaran, sebaliknya mereka mendengar pemuzik Reginald Fessenden memainkan violin solo untuk lagu Krismas “O Holy Night” (O Malam Kudus). Fessenden mengakhiri siaran persembahannya dengan mengulang pujian para malaikat: “Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggi!” (Lukas 2:14). Para pendengar pasti terkejut dengan muzik yang membangkitkan semangat dan menyatakan pujian atas kelahiran Yesus.

Tidak Memilih Kasih

Pada tahun 1872, Presiden Ulysses S. Grant ditahan kerana memandu kereta kudanya secara berbahaya di Washington DC. Satu laporan yang diterbitkan menyatakan bahawa pegawai polis hari itu, William West, iaitu seorang warga Amerika berbangsa Afrika, telah memberikan amaran kepada Grant, “Pemanduan tuan yang laju ... membahayakan nyawa orang yang perlu menyeberangi jalan.” Grant meminta maaf, tetapi pada keesokan malam dia berlumba kereta kuda lagi. West memberhentikan kuda-kuda Grant. “Tuan Presiden, saya harus ambil tindakan. Walaupun anda ialah ketua negara ini dan saya hanyalah seorang anggota polis, tetapi tugas tetap tugas.” Seterusnya West menahan Presiden Grant.

Hantarlah Umat-Mu kepadaku

Apabila rakan saya, Maritza, menyandang jawatan yang memerlukan dia membuat perjalanan ke banyak bandar yang berlainan seorang diri, dia sering terasa kesunyian. Tetapi pada suatu malam semasa makan malam, dia membongkok ke hadapan dan memberitahu saya, “Jen, aku berdoa dan memohon Tuhan untuk menghantar umat-Nya kepadaku.” Dia menyambung bahawa tidak lama kemudian dia mula bertemu dengan orang lain yang percaya kepada Yesus secara kerap. Pernah sekali, dia bertemu dengan tiga orang dalam sehari!