Category  |  Pedoman Harian

Dalam Pandangan Tuhan

Trina menerima sekeping tiket percuma untuk satu acara yang tiketnya habis dijual dan menyelitkannya ke dalam Alkitabnya. Beberapa ketika kemudian, anak lelakinya melihat dia sedang gelisah mencari-cari sesuatu di almari makanan. Apabila Trina menjelaskan bahawa dia telah kehilangan Alkitabnya, anaknya bertanya mengapa dia mencarinya di dalam almari makanan. “Kerana saya sudah cari di mana-mana tempat lain, dan acara itu akan bermula dalam masa tiga puluh minit,” jawab Trina. “Saya tidak mahu terlepas walau satu saat pun.” Anaknya tergelak. “Relaks dan tenanglah, mak,” katanya. “Saya rasa mak tidak mau terlepas peluang untuk menghadiri acara itu.” Trina turut ketawa. Semasa anaknya turut mencari, suami Trina datang. “Kamu tertinggal ini di dalam kereta,” katanya sambil memegang sebuah Alkitab.

Berserah dan Tenang

Tidak ramai orang mengetahui tentang Adelaide Pollard, dan itulah intinya. Dia seorang hamba Tuhan yang rendah hati dan tidak mencari pengiktirafan untuk dirinya sendiri. Pada usia empat puluh tahun, dia merasakan panggilan yang kuat untuk menjadi mubaligh ke Afrika, tetapi pintu itu tertutup baginya, membuatnya sangat kecewa. Namun, Adelaide teringat akan ayat ini: “Sesungguhnya, seperti tanah liat di tangan tukang periuk, demikianlah kamu di tangan-Ku” (Yeremia 18:6). Kemudian dia menggubah sebuah lagu pujian dengan lirik ini: “Thou art the potter, I am the clay” (“Engkau Penjunan, Ku Tanah Liat”).

Usaha Pemulihan

Pada bulan April 2019, satu kebakaran berlaku di Notre-Dame de Paris, katedral terkenal sejak zaman pertengahan di bandar Paris. Ia memusnahkan menara puncak dan sebahagian besar bumbung yang disokong oleh banyak balak kayu oak. Perancangan untuk membaikpulihnya segera dibuat. Sumbangan datang dari seluruh dunia, dan para tukang mula membaikpulih dengan menggunakan teknik binaan serta jenis kayu dan batu yang sama pada binaan asal.

Melayani Seperti Kristus

Semasa saya melawat seorang pesakit di hospital, saya tersentuh melihat tindakan seorang doktor muda yang berdiri bersama sekumpulan doktor pelatih lain. Mereka mendengar dengan penuh perhatian ketika seorang doktor yang lebih berpengalaman menerangkan keadaan kesihatan seorang pesakit wanita. Tiba-tiba, pesakit itu dengan cemas memberitahu bahawa dia perlu ke tandas tetapi tidak mampu bangun sendiri. Malah, dia tidak sabar menunggu pembantu jururawat dipanggil masuk ke bilik itu.