Tolaklah Sikap Acuh Tidak Acuh
Bilik itu dihiasi dengan pelbagai warna menarik apabila wanita-wanita cantik yang memakai sari berkerumun di situ sambil bersolek pada masa terakhir sebelum bermulanya acara pengutipan dana. Berasal dari India, wanita-wanita ini sekarang tinggal di Amerika Syarikat. Walaupun demikian, mereka masih mengambil berat tentang negara asal mereka. Setelah mendengar tentang masalah kewangan di sebuah sekolah Kristian untuk anak-anak autistik di India, mereka bukan sahaja mendengar tentang keperluan itu, tetapi juga mengambil berat lalu bertindak dengan melakukan sesuatu.
Tempat Perlindungan
Orang yang tidak berumah di Vancouver, British Columbia, mempunyai cara baru untuk mendapatkan tempat tinggal pada waktu malam. Sebuah organisasi kebajikan, RainCity Housing, telah mencipta bangku khas yang dapat bertukar menjadi tempat perlindungan sementara. Belakang bangku tersebut ditarik ke atas untuk menjadi atap bagi melindungi orang daripada angin dan hujan. Pada waktu malam, tempat tidur ini senang dijumpai kerana ia mempunyai ciri perkataan bercahaya dalam kegelapan yang bertulis: INI ADALAH BILIK TIDUR.
Serbuk Berlian
Semasa musim salji paling sejuk melanda kawasan kami di Michigan, Amerika Syarikat, terdapat banyak emosi bercampur tentang keadaan cuaca itu. Sementara musim sejuk berlarutan sehingga bulan Mac, ramai orang sudah mula membenci salji dan asyik mengeluh tentang berita cuaca yang melaporkan bahawa musim salji akan berpanjangan.
Korban Krismas
Kisah klasik O Henry, bertajuk “The Gift of the Magi” (Hadiah daripada Ahli Kaji Bintang) menceritakan tentang Jim dan Della, pasangan suami dan isteri muda yang sedang bergelut dengan masalah kewangan. Semasa Krismas menjelang, mereka ingin saling memberikan hadiah yang istimewa, tetapi masalah kekurangan wang membuat mereka mengambil langkah drastik. Harta yang paling disayangi oleh Jim adalah jam tangan emasnya, manakala Della adalah rambutnya yang cantik dan panjang. Oleh itu, Jim menjual jam tangannya supaya dia dapat membeli sikat rambut untuk Della, sementara Della menjual rambutnya supaya dia dapat membeli rantai untuk jam saku Jim.
Hadiah yang Mudah Pecah
Apabila kita memberi sebuah hadiah yang mudah pecah, kita memastikan kotak bungkusan itu dilekatkan label penanda. Perkataan FRAGILE (mudah pecah) ditulis dalam huruf besar kerana kita tidak mahu sesiapa pun merosakkan benda dalam bungkusan tersebut.
Misteri Krismas
Semasa cerita Charles Dickens yang bertajuk A Christmas Carol (Lagu Natal Krismas) bermula, suatu misteri menyelubungi watak Ebenezer Scrooge. Mengapakah dia begitu membenci Krismas? Bagaimanakah dia menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri? Kemudian, setelah roh-roh Krismas membawa Scrooge melalui kehidupannya sebelum ini, beberapa punca mengapa dia bersikap sebegitu menjadi jelas. Kita melihat pengaruh-pengaruh yang menjadikannya seorang kedekut walaupun pada asalnya dia seorang pemuda yang periang. Kita memerhatikan kesepian dan kekecewaannya. Apabila misteri tersebut diselesaikan, kita juga melihat jalan pemulihan. Oleh sebab dia bersikap prihatin terhadap orang lain, hal itu membuat Scrooge keluar dari keterasingannya lalu menuju jalan kegembiraan.
Satu Saiz Untuk Semua
Seperti kebanyakan kanak-kanak, saya sangat menikmati hari Krismas. Dengan penuh harapan, saya akan curi-curi melihat hadiah di bawah pokok Krismas untuk melihat mainan-mainan yang bakal saya miliki. Namun saya menjadi kecewa apabila saya mula mendapat hadiah-hadiah seperti baju kemeja dan seluar. Hadiah untuk orang dewasa sama sekali tidak menarik! Pada Krismas tahun lalu, anak-anak saya meng-hadiahkan sarung kaki yang berwarna terang dan mempunyai corak menyerlah. Saya berasa seperti muda kembali! Orang dewasa pun boleh memakai sarung kaki tersebut, kerana labelnya menyatakan bahawa: “Satu saiz untuk semua.”
Si Pemain Dram
“The Little Drummer Boy” (Si Pemain Dram yang Kecil) adalah satu lagu Krismas terkenal yang ditulis pada tahun 1941. Pada asalnya lagu itu dikenali sebagai “Carol of the Drum” (Lagu Natal Dram) dan ditulis berdasarkan sebuah lagu tradisi orang berbangsa Czech. Walaupun tiada rujukan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang bermain dram dalam cerita Krismas, iaitu catatan dalam kitab Matius 1–2 dan Lukas 2, maksud lagu tersebut terarah kepada makna sebenar menyembah. Lagu itu menceritakan seorang kanak-kanak lelaki dipanggil oleh ahli-ahli kaji bintang untuk pergi ke tempat kelahiran Yesus. Oleh sebab si pemain dram ini tidak mempunyai hadiah (seperti yang dibawakan oleh ahli-ahli kaji bintang)—dia memberikan apa yang dimilikinya. Dia mula bermain dram, sambil berkata, “Saya memberikan persembahan yang terbaik untuk Dia.”
Kasih Yang Ajaib
Menjelang Krismas pertama selepas suaminya meninggal dunia, sahabat kami, Davidene telah menulis satu surat yang menarik untuk membayangkan keadaan di syurga semasa Yesus dilahirkan di bumi. “Sememangnya Tuhan sudah tahu bahawa hal ini akan berlaku,” dia menulis. “Bapa, Anak, dan Roh Allah ialah Tritunggal, tetapi Dia membenarkan kesatuan yang amat berharga ini terpecah demi umat manusia. Syurga dibiarkan kosong dengan ketiadaan Anak Tuhan.”