Memancarkan Cahaya Kristus
Di sebuah restoran yang agak malap, pelayan wanita kami mengambil pesanan dengan senyap dan wajah yang serius. Kemudian, seorang pelanggan dengan baik hati memberinya sebatang pen dengan lampu kecil. Dia berkata bahawa pen itu dapat membantunya “melihat dalam kegelapan”.

Tuhan yang Mengagumkan
Sebagai seorang jurugambar landskap, saya tertarik dengan gambar-gambar yang saya lihat dalam talian. Baru-baru ini, saya menemui satu senarai “10 Tempat Paling Menakjubkan di Amerika Syarikat.” Salah satunya menunjukkan sebuah mata air panas menggambarkan sebuah lembangan besar yang memancarkan pendaran cahaya berbilang warna. Gambar Hutan Hujan Hoh pula memaparkan hutan tebal yang dilitupi lumut, seolah-olah pemandangan yang disebutkan dalam buku The Hobbit menjadi kenyataan. Satu lagi gambar yang menakjubkan boleh ditemukan di Monument Valley, Arizona, yang kelihatan seperti pemandangan di planet Marikh.

Mengasihi Kanak-kanak Seperti Tuhan
Sepanjang musim panas, kanak-kanak yang tinggal di belakang rumah kami bermain buaian selama berjam-jam. Buaian mereka yang bising berkeriut. Bunyi itu tidak mengganggu kanak-kanak tersebut, yang kelihatan dapat berbuai tanpa henti. Tidak dapat bersabar lagi, saya bersungut kepada suami mengapa ibu bapa mereka tidak melincirkan buaian itu. Namun apabila saya berdoa tentang perkara itu, saya mula merasakan perubahan dalam hati saya. Saya dapat melihat ketawa dan kegembiraan di wajah kanak-kanak itu, lahir daripada rasa aman di halaman rumah sendiri, serta keyakinan bahawa ibu bapa mereka berada berdekatan dan sentiasa sedia dipanggil pada bila-bila masa.

Wabak Pembohongan
Ahli teologi dan rahib Jerman, Meister Eckhart, pernah menulis bahawa “betapa kejamnya perbuatan berdusta.” Dalam puisinya, dia membandingkan hubungan yang dibina atas kepercayaan dengan hubungan yang rosak oleh pembohongan. Dia menggambarkan kata-kata yang jujur dan penuh kasih sebagai “rempah yang indah dalam kehidupan seharian.” Sebaliknya, pembohongan seperti gempa dalam fikiran dan racun kepada jiwa: “Kekacauan berlaku dalam fikiran yang tidak lagi dapat mempercayai orang yang pernah dikasihi … satu wabak yang tersebar oleh orang yang tidak berkata benar.”

Luka yang Membina dan Menyembuhkan
Menurut kajian, generasi Z (kumpulan orang yang lahir lebih kurang antara tahun 1997-2012) mampu mengesan pujian palsu dari jauh. Walaupun niatnya mungkin baik, generasi ini menghargai sesuatu yang lebih mendalam: rasa hormat dan kejujuran yang tulen. Mereka tidak mahu pujian kosong, sebaliknya mahu dipercayai. Apabila pandangan yang jujur disampaikan, mereka berasa dihormati, dipandang serius, dan dicabar untuk bertumbuh. Sebenarnya, perkara ini juga benar bagi kebanyakan kita.