Category  |  Pedoman Harian

Mempertahankan Iman Kita

Seorang lelaki berumur 27 tahun yang belajar di Jepun harus diselamatkan dari Gunung Fuji sebanyak dua kali dalam masa satu minggu! Kali pertama, setelah dia diselamatkan menggunakan helikopter kerana keadaan di gunung itu berbahaya, dia sedar bahawa telefon dan barang-barangnya tertinggal di sana. Empat hari kemudian, walaupun telah diberi amaran, dia tetap kembali ke gunung itu untuk mengambil barangnya. Namun, kali yang kedua ini dia terpaksa diselamatkan lagi kerana dia menghidapi penyakit altitud tinggi. Kisahnya menjadi tumpuan media kerana kejadian itu bukan sahaja jarang berlaku, tetapi juga kerana dia sengaja kembali ke tempat yang berbahaya walaupun sudah mengetahui risikonya.

Apabila Tuhan Membuka Mata Kita

Satu legenda di Perancis pada abad ke-13 menceritakan tentang seorang kesatria yang meninggalkan bayi lelakinya di rumah di bawah jagaan seekor anjing pemburunya yang bernama Guinefort.. Apabila kesatria itu pulang, dia mendapati rumahnya bersepah. Buaian terbalik, bayinya hilang, dan mulut anjing tersebut berlumuran darah. Oleh sebab menganggap anjing itu telah mencederakan anaknya, dia terus membunuh haiwan tersebut. Namun tidak lama selepas itu, dia menemui bangkai seekor ular besar yang penuh dengan kesan gigitan anjing, manakala bayinya terselamat tanpa sebarang kecederaan di bawah katil buaian. Rupa-rupanya, Guinefort telah melawan ular itu untuk menyelamatkan bayinya itu. Sifat keberanian dan nasib malang Guinefort yang tidak bersalah amat menyentuh hari orang ramai, sehingga mereka tersilap langkah dengan memuja Guinefort sebagai seorang “santo” (tokoh suci).

Fail-Fail Sampah

Telefon pintar saya kadangkala mengingatkan saya bahawa saya tidak begitu pandai menjaga “kebersihan digital”. Bunyi mesejnya, “Fail sampah mengambil ruang storan.” “Padam 675MB fail sampah.” Saya sebenarnya tidak suka ditegur oleh telefon saya. Tetapi jika fail-fail sampah itu dibersihkan, saya akan mempunyai lebih banyak ruang untuk fail-fail yang benar-benar penting. Contohnya, apabila saya berada di pertandingan renang anak perempuan saya, akan ada storan yang cukup untuk merakam video sewaktu dia memenangi perlumbaan, bukannya tiba-tiba menyedari bahawa “fail sampah” yang menjengkelkan itu telah menghalang peluang saya untuk merakam detik tersebut.

Rasa Hormat dan Takut kepada Tuhan

“Dulu aku pernah membunuh orang,” kata Tanitan, “tetapi sejak aku memilih untuk percaya kepada Yesus Kristus, Dia tidak membenarkan aku melakukan perkara sebegitu lagi.”. Tanitan ialah ahli suku Ilngot, dari Pergunungan Sierra Madre di Filipina, yang berasal daripada budaya memburu kepala manusia (amalan membunuh manusia dan memenggal kepala mereka). Apabila membandingkan kehidupannya sebelum mengenal Tuhan dengan kehidupannya sekarang, dia berkata, “Dulu, aku takut mati tetapi tidak takut membunuh. Sekarang, aku takut membunuh tetapi tidak takut mati.”

Pemandangan yang Terunggul

Sebelum pergi ke Switzerland, saya membayangkan pergunungan Alps yang bersalji, kambing sedang meragut rumput, dan para petani meniup Alphorn (sejenis trompet logam yang panjang). Namun, ketika kami memandu ke arah selatan dari Zurich, pemandangannya hanyalah rangkaian lebuh raya yang membosankan seperti di mana-mana bandar lain. Apabila kami semakin hampir ke tempat penginapan, kami terpaksa memandu melalui jalan tanah sempit yang berbahaya. Setibanya di rumah sewaan, kami mengangkat beg pakaian menaiki tangga batu yang curam. Dalam keadaan letih dan kecewa, akhirnya kami melangkah ke beranda. Di situlah, terbentang di hadapan kami suatu pemandangan yang luar biasa: pergunungan Alps menjulang megah di hamparan biru Tasik Lucerne, dengan pekan-pekan kecil berkelip seperti kunang-kunang di bawah kami. Segala kepayahan itu ternyata berbaloi.