Category  |  Pedoman Harian

Rancangan Tuhan? Umat Tuhan! 

Selepas saya menjadi ahli lembaga pemegang amanah sebuah seminari, presiden yang telah lama berkhidmat mengumumkan persaraannya. Maka saya dan beberapa orang ahli lembaga lain ditugaskan untuk mencari presiden baharu. Kami bersama-sama menyenaraikan satu senarai kelayakan yang begitu mencabar. Bagaimanakah kami boleh menemui seseorang yang boleh melaksanakan tanggungjawab dan peranan yang sedemikian penting?

Mengasihi Yesus Lebih daripada Segalanya

Jemaah-jemaah bertanya sebabnya gereja membeli sebuah menara loceng. Adakah ini cara terbaik untuk menggunakan sumber Tuhan? Mengapa tidak menggunakan duit itu untuk membantu orang miskin? Pastor menjawab bahawa beberapa orang penderma telah menyumbang dana itu, maka perlu dibelanjakan mengikut kehendak mereka. “Lagipun,” katanya sambil memetik kata-kata Yesus, “orang miskin sentiasa ada di sekitarmu” (Yohanes 12:8).

Tabiat dan Roh Kudus

“Kamu membesar di sini kah?” Sukar bagi saya untuk menjawab soalan doktor gigi saya kerana alat pembersih gigi masih berada di dalam mulut saya. Dia menjelaskan bahawa pada tahun 1945, bandar kami menjadi bandar pertama di dunia yang menambahkan fluorida ke dalam air minuman awam. Rawatan ini dipercayai dapat mencegah kerosakan gigi, dan tidak memerlukan banyak—hanya 0.7 miligram fluorida bagi setiap liter air. Bagi doktor gigi profesional yang terlatih, cara ini mendatangkan kesan positif yang ketara. Tetapi saya sendiri tidak tahu bahawa saya telah meminum air ini sepanjang hidup saya!

Doa-Doa Yesus

Yesus, bagaimanakah Engkau berdoa untukku? Saya tidak pernah terfikir untuk bertanya soalan itu sehinggalah rakan saya Lou berkongsi pengalamannya. Suatu ketika dia berhadapan dengan situasi yang memerlukan banyak kebijaksanaan dan kekuatan, maka dia membuat seruan ini kepada Tuhan. Dengan mendengar dia menyuarakan soalan yang patut diberi perhatian ini dalam doanya, saya memperoleh dimensi baru dalam pemahaman dan amalan tentang doa.

Menggali Makna

Kami mempunyai seekor anak anjing baharu yang bernama Winston. Anak anjing ini suka menggigit, tidur, makan dan melakukan beberapa perkara lain. Oh, dan suka menggali. Winston tidak menggali sambil lewa, malah sampai tahap membuat “terowong”. Seolah-olah mahu melarikan diri dari penjara. Ia seekor anak anjing yang sukar dikawal, penuh tenaga, dan kotor.

Berlumba Bersama Kristus

Tom berumur tujuh tahun, dan sangat mengagumi pameran piala-piala berkilat di rak milik ayahnya daripada acara larian ketika di sekolah. Dia berfikir, “Saya pun mahu piala itu untuk diletakkan di bilik tidur saya.” Jadi dia bertanya, “bolehkah ayah beri saya salah satu piala itu?” Bapanya dengan hairan menjawab, “Tidak, Tom, itu ayah punya. Ayah yang berusaha mendapatkannya. Kamu sendiri boleh mendapatkan piala sendiri nanti.” Kemudian mereka membuat rancangan bahawa jika Tom dapat berlari mengelilingi blok dalam jangka masa tertentu (dia tahu anaknya boleh melakukannya), dia akan memberinya satu piala miliknya sendiri. Maka Tom berlatih dengan bimbingan ayahnya, dan seminggu kemudian bapanya bersorak memberi semangat semasa dia berjaya menghabiskan larian dalam masa yang ditetapkan. Tom belajar tentang disiplin diri dan kerja keras, dan bapanya mendorongnya dengan memberikan piala kepadanya.

Melayani Tuhan pada Setiap Musim 

Selepas bertahun-tahun memuridkan Caleb sendiri, Mark berasa kecewa apabila mengetahui bahawa seorang pemimpin gereja telah menugaskan seorang mentor lain kepada pemuda itu. Pemimpin itu berkata, “Akhirnya, Kaleb mempunyai seorang mentor.” 

Hidup dalam Kristus

Pada suatu hari, sebuah keluarga telah menerima sebuah tempayan abu mayat kepunyaan anak lelaki dan abang mereka, Tyler, yang telah lama terputus hubungan dengan mereka. Tyler baru berusia dua puluh dua tahun ketika dia didapati meninggal dunia akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Selama bertahun-tahun, Tyler menangani kesan ketagihan dadah dan memilih jalan yang salah. Tetapi sebelum kematiannya diketahui, , dia sebenarnya sudah mula menghadiri program pemulihan dan menyelesaikan semua program yang diikuti. Kemudian pihak berkuasa membuat penemuan yang mengejutkan—Tyler sebenarnya masih hidup! Mereka telah tersilap. Rupanya pemuda itu bukan Tyler, tetapi orang lain yang meninggal dunia akibat dos berlebihan. Kemudian, selepas bersatu semula dengan keluarga dan mengingati tentang kematian lelaki muda yang seorang itu, Tyler berkata, “Boleh jadi juga sayalah yang mati.” 

Tuhan Hadir Di Sana

Apabila nenek saya diberitahu dengan cara yang lembut bahawa datuk saya mungkin akan meninggal dunia dalam beberapa hari lagi, kami bimbang dia akan kecewa dan cemas. “Awak risau?” seseorang bertanya kepadanya kerana berfikir bahawa dia mungkin mempunyai soalan tentang keadaan suaminya atau memerlukan bantuan untuk keperluannya sendiri. Dia berfikir sejenak. “Tidak,” dia menjawab dengan tenang, “Saya tahu ke mana dia pergi. Tuhan ada bersamanya.”