Category  |  Pedoman Harian

Saya Hanya Pemandu

“Ayah, boleh saya tinggal satu malam dengan kawan saya?” anak perempuan saya bertanya sambil memasuki kereta selepas kelas latihan. “Nak, kamu tahu jawapannya ‘kan. Ayah ‘ni cuma pemandu. Ayah belum tahu lagi boleh atau tidak. Kita tanya ‘mak dululah ya,” kata saya.

Mencapai Garis Akhir untuk Kristus

Barbara meninggal dunia sebelum sempat siap menjahit sehelai baju sejuk untuk cicit lelakinya, Ethan. Baju sejuk itu kemudiannya diserahkan kepada tukang jahit lain untuk menyiapkannya. Syukurlah ada sebuah organisasi yang menghubungkan para sukarelawan yang digelar sebagai “penyiap”—dengan orang yang kehilangan orang tersayang sebelum mereka sempat menyiapkan sesuatu kerja. Orang yang digelar “penyiap” itu dengan penuh kasih melaburkan masa dan menggunakan kemahiran mereka untuk menyiapkan sesuatu tugas yang dapat memberi penghiburan kepada mereka yang sedang berdukacita.

Harapan Seorang Kanak-kanak

Semasa cucu perempuan saya Eliana berumur tujuh tahun, dia pernah menonton video di sekolahnya tentang sebuah rumah anak yatim piatu di Guatemala. Dia memberitahu ibunya, “Kita perlu ke sana untuk membantu mereka.” Ibunya menjawab bahawa mereka berdua boleh memikirkan hal itu apabila dia sudah besar nanti.

Jejak Yesus yang Kelihatan

Para saintis dari sebuah universiti di California menjalankan ujian eksperimen swab molekul untuk mengenal pasti sifat dan tabiat gaya hidup pengguna telefon bimbit secara individu. Antara benda-benda yang ditemui mereka ialah sabun, losen, syampu, dan alat solek; jenis makanan, minuman dan ubat-ubatan yang mereka makan; dan jenis pakaian yang dipakai mereka. Kajian itu membolehkan para penyelidik membuat profil gaya hidup setiap orang.

Dia yang Indah

Selama lebih daripada 130 tahun, Menara Eiffel tersergam dengan penuh semarak di bandar Paris, sebagai suatu simbol kecemerlangan dan keindahan dalam seni bina. Bandar ini dengan bangganya mempromosikan menara tersebut sebagai elemen utama kemegahannya.

Hidup yang Bermakna

Semasa membuat persediaan untuk kebaktian meraikan sejarah hidup mendiang ibu saya, saya berdoa untuk mendapatkan perkataan yang sesuai untuk menghuraikan seluruh hidupnya—tahun-tahun sejak kelahiran hingga kematiannya. Saya merenungkan detik-detik yang baik dan tidak begitu baik dalam hubungan kami. Saya memuji Tuhan pada hari ibu saya menerima Yesus sebagai Penyelamatnya selepas dia melihat Yesus “mengubah” hidup saya. Saya bersyukur kerana Tuhan menolong kami bertumbuh dalam iman bersama-sama, dan bersyukur untuk orang yang berkongsi bagaimana ibu saya telah mendorong dan mendoakan mereka, sambil melakukan banyak kebaikan kepada mereka. Walaupun ibu saya tidak sempurna, dia telah menikmati hidup yang bermakna—hidup yang dijalani dengan baik demi Yesus.

Raja yang tidak Kelihatan

Pilgrim ialah satu pertunjukan muzikal yang berdasarkan The Pilgrim’s Progress (Perjalanan Seorang Musafir), suatu alegori tentang hidup seorang yang percaya kepada Yesus. Dalam cerita perumpamaan tersebut, semua kuasa ghaib dunia rohani diperlihatkan kepada para penonton. Watak Raja mewakili Tuhan, yang hadir di atas pentas selama hampir keseluruhan masa pertunjukan tersebut. Dia berpakaian putih dan tangkas menangkis serangan musuh, secara lemah lembut memegang tangan mereka yang dalam kesakitan, dan mendorong orang lain untuk berbuat baik. Walaupun peranan Raja amat diperlukan, watak-watak manusia yang utama dalam pertunjukan tersebut tidak dapat melihat Raja dengan mata kasar, mereka hanya melihat kesan daripada apa yang dilakukan-Nya. 

Ibadat Membawa Perubahan

Suzy duduk menangis di luar unit rawatan rapi hospital—dia seolah-olah ditenggelamkan oleh gelombang ketakutan yang dahsyat. Paru-paru bayinya yang berusia 2 bulan dipenuhi dengan cecair, dan para doktor berkata bahawa mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan bayinya, tetapi tidak ada jaminan. Pada saat itu, Suzy berkata bahawa dia “merasakan sentuhan Roh Kudus yang lembut dan manis, menyedari dia untuk beribadat kepada Tuhan.” Oleh sebab tiada tenaga untuk menyanyi, Suzy memainkan lagu pujian dalam telefonnya selama 3 hari yang seterusnya di hospital. Apabila dia beribadat kepada Tuhan, dia menemukan harapan dan kedamaian. Hari ini, dia berkata bahawa pengalaman itu mengajarnya bahawa “ibadat tidak mengubah Tuhan, tetapi ibadat pasti akan mengubah anda.”

Cara Sederhana

Apabila Elsie ditimpa kanser, dia sudah bersedia dipanggil Tuhan. Akan tetapi Elsie pulih walaupun penyakit itu menyebabkan dia tidak dapat berjalan. Selain itu, Elsie tertanya-tanya sebabnya Tuhan menyembuhkannya. “Apa lagi yang dapat aku lakukan?” Elsie bertanya kepada Tuhan. “Aku tidak ada banyak wang atau kemahiran, dan aku tidak dapat berjalan. Apakah yang aku dapat lakukan untuk Engkau, ya Tuhan?”