Minggu terakhir Penyelamat kita di bumi

Tujuh hari sebelum kematian dan kebangkitan Yesus adalah salah satu peristiwa yang paling penting dalam kalendar Kristian. Ini dikenali sebagai Minggu Suci iaitu minggu terakhir Penyelamat kita di bumi. Banyak peristiwa penting berlaku dalam minggu itu seperti perarakan kemasukan Yesus ke Yarusalem, pembersihan rumah Tuhan, perjamuan Tuhan, penyaliban dan kematian-Nya.

Sempena Paska ini, kami menjemput anda untuk memulakan perjalanan rohani mengikut Yesus ke salib.

Apakah yang disampaikan oleh buku ini?


Tempat-tempat kejadian tentang penderitaan, penyaliban, kematian dan kebangkitan Yesus kini menjadi hidup pada musim Paska ini! Buku ini yang berisi 12 renungan paska, soalan-soalan, saranan doa dan gambar-gambar dari lokasi sebenar akan membangkitkan pancaindera baharu kita semasa melakukan renungan peribadi.

Sertai kami dalam 12 hari renungan Paska

Sempena Paska ini, mari sertai kami untuk merenungkan pengorbanan, kebangkitan dan kebangkitan Yesus yang diambil daripada buku Mengikut Yesus ke Jalan Salib.

 


 

Hari 1: Kemasukan Kemenangan Yesus


Yesus mencari orang yang mencari Tuhan dengan hati yang sesal. Biarlah kita menjadi orang yang meratapi dosa-dosa dalam hidup kita, gereja kita, dan bangsa kita. Biarlah Tuhan menciptakan hati yang murni dalam kita.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 2: Yesus Menyucikan Rumah Tuhan

Rasuah dan rompakan yang berlaku di Rumah Tuhan telah mengganti penyembahan sejati. Dengan menyucikan Rumah Tuhan, Yesus mengisytiharkan penghakiman Tuhan dan memberi amaran bahawa hari-hari di Rumah Tuhan sudah menghampiri penghujungnya. Bagaimana dengan jemaah kita pada masa sekarang?

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 3: Yesus Menubuatkan Kemusnahan Rumah Tuhan

Yesus berulang-ulang menggunakan perkataan “berjaga-jagalah” dan “berwaspadalah” sebagai amaran kemusnahan Rumah Tuhan. Amaran yang disebutkan Yesus juga ditujukan kepada kita pada hari ini. Semoga kita sentiasa meneliti kehidupan kita dan hidup dengan menantikan kedatangan-Nya, supaya kita sentiasa berjaga-jaga dan tidak leka.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 4: Yesus Memulakan Perjamuan Tuhan

Pada masa kini, dengan mengambil bahagian dalam perjamuan kudus, kita bukan sahaja mengenangkan pengorbanan Yesus di kayu salib, tetapi juga menantikan kedatangan-Nya kembali.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 5: Yesus Berdoa Di Getsemani

Yesus memanggil semua orang mengikut Dia dan setiap kita mempunyai cawan tersendiri yang harus diminum. Semoga kita dengan rela menyerah kepada kehendak Tuhan dan kekal beriman kepada-Nya.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 6: Pengadilan Yesus

Marilah kita belajar daripada Petrus dan Yohanes, yang berani memberitakan nama Yesus walaupun dalam keadaan yang bermusuhan.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 7: Petrus Menyangkal Yesus

Penyangkalan dan kegagalan Petrus tidak menempatkan dia di luar penebusan. Dalam Yohanes 21, Petrus menerima rahmat Yesus dan bertaubat, dan dia dipulihkan dan diutuskan sekali lagi oleh Tuhan.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 8: Yesus Di Hadapan Pilatus

Adakah kita berkompromi dengan apa yang benar kerana ia boleh menjejaskan reputasi dan status kita? Marilah kita menjadi orang yang berani dan bertekad untuk berdiri dan berbicara demi kebenaran, dan menjadi suara bagi mereka yang tidak berdaya dan terpinggir.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 9: Penderitaan Yesus

Sering kali, kita berfikir bahawa kita perlu dilengkapkan sepenuhnya atau menjadi matang dalam Kristus untuk melayani Tuhan. Tetapi Tuhan hanya mencari orang yang melayani Dia dengan setia dan taat.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 10: Yesus Disalibkan

Ketua askar orang bukan Yahudi di kaki salib yang telah menyaksikan pentingnya penyaliban Yesus dan mengatakan, “Sungguh, orang ini adalah Anak Allah!” Apa yang kita lihat ketika kita melihat salib? Semoga kita menjadi seperti perwira bangsa bukan Yahudi, yang melihat Yesus, Anak Allah, dan percaya kepada-Nya.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 11: Penguburan Yesus

Ketika situasi memanggil mereka untuk membuat pendirian, kedua-dua Yusuf dan Nikodemus mematuhi dan tidak lagi bersembunyi dalam bayang-bayang sebagai pengikut rahsia. Semoga kita seperti Yusuf dan Nikodemus, bersedia menjadi saksi yang setia bagi Yesus.

Klik Untuk Selanjutnya

 

Hari 12 Belas: Kebangkitan Dan Kenaikan Yesus

Seperti Yesus yang diangkat adalah Yesus yang sama akan kembali (KISAH RASUL-RASUL 1:10-11), biarlah kita punyai keberanian untuk pergi dan memberitakan berita baik kepada sesiapa yang memerlukannya.

Klik Untuk Selanjutnya

 



Betulkah Kristus Bangkit Daripada Kematian?

Hidup kita berada dalam tangan Tuhan. Hanya Tuhan yang boleh memenuhi jiwa kita. Bukan ahli sains, falsafah atau pendidik. Itu sebabnya apa yang anda percaya berkaitan dengan kebangkitan adalah berkenaan dengan hidup abadi atau kematian abadi.

Kajilah mengapa kita boleh percaya pada kejadian yang diceritakan di dalam Alkitab tentang Hari Kebangkitan yang pertama.

Klik Untuk Selanjutnya

Mengapa Kristus Harus Mati?

Kayu salib bukan satu kesilapan. Kematian Yesus bukan penyataan kelemahan. Tuhan menyediakan jalan untuk membaiki kerosakan terus yang berlaku atas manusia di pokok yang pertama. Pengampunan dosa dan penerimaan oleh Tuhan yang suci hanya boleh ditemukan pada kayu salib.

Ketahui sebabnya Kristus merancang dan mengizinkan kematian-Nya sendiri.

Klik Untuk Selanjutnya