Month: Disember 2015

Bagaimana Menjadi Sempurna

Krismas adalah masa tekanan memuncak dalam setahun. Kita mengimpikan perayaan berlangsung dengan lancar lalu berusaha untuk menjadikannya suatu kenyataan. Kita membeli-belah untuk mendapatkan hadiah-hadiah terbaik. Kita merancang acara makan Krismas yang sempurna. Kita memilih kad Krismas paling cantik serta menulis surat paling hebat mengenai berita keluarga. Namun usaha kita membuat kita berasa kecewa dan patah semangat apabila kebolehan kita tidak mencapai tahap sempurna yang diinginkan. Hadiah terbaik yang kita pilih tidak mendapat sambutan terima kasih yang sungguh-sungguh. Beberapa makanan yang dihidangkan terlebih masak. Kita menemui kesilapan ejaan dalam kad Krismas yang sudah dikirim. Anak-anak berebut alat permainan. Orang dewasa mula mengungkit pertengkaran lama.

Keperluan Untuk Firman Tuhan

A-poe-la-pi adalah seorang penduduk yang berumur lanjut dari puak Akha, satu puak berasal dari bukit dan tinggal di pergunungan wilayah Yunnan di China. Apabila kami melawat dia pada satu lawatan misi baru-baru ini, A-poe-la-pi memberitahu kami bahawa dia tidak dapat menghadiri kelas Alkitab mingguan baru-baru ini disebabkan hujan lebat. Oleh itu, dia merayu kepada kami, “Bolehkah kamu berkongsi firman Tuhan dengan saya?”

Anjing Penyelamat

Saya amat kagum dengan cerita Perang Dunia Kedua tentang anjing paracut (paradogs atau anjing penyelamat). Dalam persediaan D-Day (6 Jun 1944, Pendaratan Normandy), pasukan Bersekutu memerlukan deria bau anjing yang tajam untuk menghidu periuk api lalu memberi amaran kepada pasukan tersebut tentang bahaya yang mungkin menimpa. Satu-satunya cara untuk menempatkan anjing-anjing ini di belakang pihak musuh adalah melalui payung terjun. Sememangnya anjing secara nalurinya takut untuk berbuat demikian—dan secara jujur, anjing-anjing ini tidak bersendirian. Namun demikian, selepas latihan selama berminggu-minggu, anjing-anjing telah belajar untuk percaya kepada tuan masing-masing dan akan terjun menurut arahan.

Seperti Menembak Seekor Lalat

Kepakaran Macarena Valdes dalam melakarkan peta lombong di bawah tanah telah banyak membantu dalam misi menyelamat 33 orang pelombong Chile yang terperangkap selepas satu letupan tercetus pada bulan Oktober 2010. Usaha menggerudi untuk mencari lokasi tepat para pelombong tersebut yang terperangkap adalah seperti “menembak seekor lalat dari jarak 700 meter,” dia berkata. Dengan pengalamannya dalam pelombongan, Valdes berjaya memimpin gerudi tersebut pergi ke lokasi pelombong itu ditimbus, lalu menyelamatkan mereka keluar secara dramatik.

Tiket Itu Sahaja

Apabila seorang pegawai polis menghentikan seorang wanita kerana dia tidak memasangkan kerusi kereta khas untuk anak perempuannya yang masih kecil, polis itu seharusnya terus memberi saman kepadanya kerana telah melanggar undang-undang jalan raya. Sebaliknya, dia meminta agar wanita dan anak perempuan itu berjumpa dengannya di sebuah kedai berhampiran, dan dia sendiri telah membayar untuk kerusi khas tersebut. Sememangnya wanita tersebut sedang mengalami kesusahan sehingga dia tidak mampu pun membeli kerusi tersebut.

Amy Boucher Pye

Amy Boucher Pye ialah seorang penulis, editor dan pemidato. Sebagai penulis bagi buku Finding Myself in Britain: Our Search for Faith, Home, and True Identity, dia juga menguruskan kelab buku dalam talian, Woman Alive. Kini dia tinggal bersama suaminya yang merupakan pastor dan keluarga-Nya di United Kingdom.

Jaime Fernández Garrido

Dr. Jaime Fernández Garrido ialah pengarah bagi program penginjilan radio dan televisyen Born Again (Lahir Baru). Dia juga seorang penulis bagi banyak buku, dan telah menggubah lebih daripada 400 ratus buah nyanyian puji-pujian dan korus.

Shelly Beach

Shelly Beach ialah seorang penulis bebas, pemidato dan penulis bagi banyak buku, termasuklah Ambushed By Grace; Precious Lord, Take My Hand; It Is Well with My Soul; dan novel yang memenangi Anugerah Christy pada tahun 2008, Hallie's Heart. Dia juga pengasas bagi Bengkel Penulis Kristian Cedar Falls di Cedar Falls, Iowa. Shelly dan suaminya, Dan serta dua orang anak mereka tinggal di Sparta,…

Hadiah Yang Sempurna

Setiap tahun taman botani tempatan kami menganjurkan perayaan Krismas yang menunjukkan pameran keliling dunia. Pameran kegemaran saya adalah pameran kelahiran Yesus dari negara Perancis. Pameran tersebut bukan seperti pameran tradisional yang menunjukkan para gembala domba dan ahli-ahli kaji bintang yang mempersembahkan emas, kemenyan dan mur serta berkumpul di keliling palung Yesus, sebaliknya ia memaparkan penduduk kampung Perancis membawa hadiah seperti roti, wain, keju, bunga, dan hasil lain melalui keupayaan yang dikurniakan oleh Tuhan kepada mereka. Ini mengingatkan saya tentang perintah dalam Perjanjian Lama mengenai membawa hasil tanaman pertama yang terbaik ke rumah Tuhan (Keluaran 23:16-19). Gambaran kelahiran Yesus ini menunjukkan bahawa segala-galanya yang kita miliki berasal daripada Tuhan, oleh itu, satu-satunya benda yang kita perlu berikan merupakan sesuatu yang telah diberikan oleh Tuhan.