Month: Disember 2015

Hamba Yang Setia

Madaleno seorang penurap bata. Dari hari Isnin hingga hari Khamis dia membina dinding dan membaiki atap. Dia seorang yang pendiam, boleh dipercayai, dan ringan tulang. Kemudian dari hari Jumaat hingga hari Ahad, dia akan pergi ke pergunungan untuk mengajar firman Tuhan. Madaleno berbahasa Nahuatl (salah satu dialek orang Mexico), maka dia dapat memberitahukan berita baik tentang Yesus kepada penduduk di daerah itu. Walaupun dia sudah berusia 70 tahun, dia masih menggunakan tenaga fizikalnya untuk membina rumah, malahan dia juga rajin membina keluarga Tuhan.

Kelahiran Pada Waktu Krismas

Apabila malaikat Gabriel datang kepada Maria, kemudian muncul di hadapan para gembala domba dengan membawa berita baik untuk dunia (Lukas 1:26-27; 2:10), adakah berita ini baik untuk gadis remaja ini? Mungkinkah Maria berfikir: Bagaimanakah saya akan menjelaskan kehamilan ini kepada keluarga saya? Adakah tunang saya Yusuf akan membatalkan pertunangan kami? Apakah yang akan diperkatakan oleh orang di pekan saya? Walaupun nyawa saya terselamat, bagaimanakah saya akan hidup sebagai seorang ibu tunggal?

Maksud Krismas yang Sebenar

Lebih daripada lima puluh tahun yang lalu, filem animasi A Charlie Brown Christmas (Hari Krismas Charlie Brown), telah julung kalinya disiarkan sebagai rancangan televisyen di Amerika. Beberapa eksekutif rangkaian berfikir bahawa rancangan tersebut tidak akan dipedulikan, dan beberapa orang lagi berasa risau sekiranya ayat-ayat Alkitab yang disebut akan menyinggung perasaan penonton. Beberapa orang pula menginginkan pencipta cerita tersebut, Charles Schulz, mengeluarkan kisah mengenai Krismas daripada rancangan tersebut, tetapi dia tetap mahu cerita Krismas itu dimasukkan. Rancangan tersebut berjaya menjadi kegemaran dan telah ditayangkan berulang kali setiap tahun sejak tahun 1965.

Bebas daripada Kerisauan

Mencuba untuk sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa mempunyai keburukannya kerana berita buruk lebih laris daripada berita baik. Sangat mudah untuk terlalu mengambil kisah tentang perbuatan jahat seseorang individu, kumpulan atau kerajaan yang kita tidak mempunyai kawalan atas mereka.

Masa Kita Tidak Harus Bersukacita

Puak Akan dari Ghana mempunyai satu kata peribahasa: “Cicak tidak begitu marah kepada anak-anak lelaki yang melempar batu ke arahnya, tetapi lebih marah kepada mereka yang berdiri di tepi malah mentertawakan nasibnya!” Bersukacita atas kecelakaan seseorang adalah seperti anda turut serta dalam kejatuhan seseorang, atau seperti anda mengharapkan lebih banyak kejahatan menimpa orang itu.

Pantai Kaca

Penduduk di Fort Bragg, California, pada awal kurun ke-20, telah menghapuskan sampah-sarap mereka dengan membuang sampah tersebut dari sebuah tebing tinggi ke arah pantai berhampiran. Tin, botol, peralatan dapur serta sisa-sisa rumah telah terkumpul dalam longgokan besar yang amat menjijikkan. Walaupun para penduduk akhirnya berhenti membuang sampah di pantai itu, longgokan tersebut masih menjadi sesuatu yang memalukan—sebuah tempat pembuangan sampah yang nampaknya tidak dapat diselamatkan lagi.

Maksud Suatu Nama

Menurut sebuah artikel dalam surat khabar New York Times, kanak-kanak di kebanyakan negara Afrika sering kali diberi nama sempena orang terkenal, acara khas, atau situasi yang bermakna bagi ibu bapa anak tersebut. Apabila beberapa doktor memberitahu sepasang ibu bapa bahawa mereka tidak dapat menyembuhkan penyakit bayi ibu bapa tersebut, dan hanya Tuhan yang mengetahui sama ada anak itu akan hidup atau tidak, ibu bapa bayi itu menamakannya Godknows (Tuhan mengetahui). Seorang lagi lelaki memberitahu bahawa namanya adalah Enough (Cukup), kerana ibunya mempunyai 13 orang anak, dan dia adalah anak yang terakhir! Sememangnya setiap nama yang diberi mempunyai sebab, dan dalam beberapa kes tertentu, nama itu mempunyai maksud yang istimewa.