Lebih Baik Daripada Yang Lain
Bunyi siren telah terbunyi di luar rumah seorang budak lelaki. Budak yang tidak biasa mendengar bunyi itu bertanya kepada ibunya tentang maksudnya. Ibunya menjelaskan ia bertujuan untuk memberi amaran kepada orang ramai bahawa ribut kencang bakal melanda tempat itu. Dia menjelaskan lagi bahawa jika orang ramai tidak mencari tempat perlindungan, mereka mungkin akan mati akibat puting beliung. Budak itu menjawab, “Ibu, mengapa itu perkara yang buruk? Bukankah kita akan bertemu dengan Yesus jika kita mati?”
Beritakan!
Pada tahun 1975, satu peristiwa yang penting telah berlaku kepada saya. Dengan tidak sabar saya pergi mencari kawan saya Francis, kawan yang saya biasa kongsi hal-hal peribadi, untuk memberitahu dia tentang perkara itu. Saya menemui dia sedang bergegas meninggalkan pangsapurinya, maka saya menghentikannya. Daripada cara dia memandang saya, dia sudah boleh menyangka ada hal penting yang perlu saya beritahukan. “Apa yang berlaku?” dia bertanya. Maka saya menjawab, “Kelmarin saya telah menyerahkan hidup saya kepada Yesus!”
Dihancurkan Untuk Dijadikan Baru
Semasa Perang Dunia Ke-2, bapa saya berkhidmat untuk Tentera Amerika Syarikat di perairan Selatan Pasifik. Masa itu bapa saya tidak percaya kepada sebarang agama. Dia selalu berkata, “Saya tidak memerlukan agama untuk melegakan jiwa saya.” Namun pada suatu hari, pandangannya terhadap hal-hal rohani telah berubah selamanya ekoran satu peristiwa. Hal itu berlaku semasa ibu saya dihantar ke hospital untuk melahirkan adik kami. Saya dan abang pergi tidur dengan harapan bahawa tidak lama lagi kami akan bertemu dengan adik kami yang baru. Apabila saya bangun pada keesokan hari, saya berasa teruja dan bertanya kepada bapa saya, “Adakah itu adik lelaki atau adik perempuan?” Bapa menjawab, “Dia adik perempuan, tetapi dia sudah meninggal sewaktu dilahirkan.” Kami mula menangis bersama atas kehilangan itu.
Kegemilangan Rom
Kegemilangan Empayar Rom telah membentangkan latar belakang yang luar biasa bagi kelahiran Yesus. Pada tahun 27 sm, raja Roma yang pertama, Kaisar Agustus menamatkan perang saudara yang berlangsung selama 200 tahun dan mula menggantikan kawasan yang termusnah akibat perang dengan tugu peringatan, kuil, arena dan kompleks-kompleks kerajaan. Menurut sejarawan Rom, Plinius yang Tua (seorang ahli falsafah alam pada awal Empayar Rom), bangunan-bangunan yang telah dibina merupakan “bangunan terindah yang pernah wujud di dunia.”