Kelemahan Yang Ketara
Selepas beberapa minggu pembedahan bahu saya, saya berasa ketakutan. Ini kerana saya telah biasa dengan memakai anduh tangan, tetapi kedua-dua doktor bedah dan juruterapi fizikal menyuruh saya berhenti memakainya. Itulah masanya saya terbaca pernyataan ini: “Pada peringkat ini, jangan pakai anduh melainkan anda ingin menonjolkan kecederaan anda kepada orang lain sekiranya berada dalam persekitaran yang tidak terkawal.”
Kertas Pasir Tuhan
Kata-kata kawan saya menusuk hati saya. Saya tidak dapat tidur kerana tidak berhenti-henti untuk memikirkan komen yang ditujukannya terhadap pendapat keras saya, lalu saya berdoa untuk hikmat dan kedamaian Tuhan. Selepas beberapa minggu, saya masih berasa tersinggung kerana perkara tersebut, maka saya berdoa, “Hati saya terluka, ya Tuhan, tetapi tunjukkanlah kepada saya aspek yang saya perlu ubah. Tunjukkanlah kepada saya bahagian komen kawan saya yang betul.
Perlawanan Ujian
Ujian dalam perlawanan kriket amat memenatkan. Setiap pemain harus bersaing dari pukul 11 pagi hingga 6 petang, dan para pemain hanya dapat berehat pada waktu makan tengah hari serta waktu minum, tetapi perlawanan ini boleh berlangsung selama lima hari. Ia merupakan satu ujian ketahanan serta kehandalan bagi seseorang pemain.
Ladam Kuda Yang Salah
Kegagalan Napoleon di Rusia pada 200 tahun yang lepas berpunca daripada musim sejuk Rusia yang teruk. Satu masalah spesifik adalah kuda-kudanya memakai ladam yang sesuai untuk musim panas. Sewaktu musim sejuk, kuda-kuda ini mati kerana tergelincir di atas jalan-jalan yang dilitupi ais apabila kuda-kuda ini menarik wagon bekalan. Kerosakan bekalan telah menyebabkan Nepoleon mengurangkan 400,000 askarnya yang kuat kepada 10,000 orang. Kejatuhan yang kecil; satu akibat yang dahsyat!
Dibebaskan Daripada Ketakutan
Ketakutan menyelinap ke dalam hati saya tanpa sedar. Ia menggambarkan keadaan yang penuh dengan ketidakupayaan dan kekecewaan. Situasi yang mencuri kedamaian dan daya penumpuan dalaman hati saya. Apakah yang saya takutkan? Saya bimbang tentang keselamatan keluarga atau kesihatan orang kesayangan saya. Saya berasa panik akan kehilangan kerja atau hubungan yang terputus. Ketakutan mengalihkan fokus saya terhadap diri saya dan mendedahkan hati saya yang kadangkala sukar untuk mempercayai apa-apa pun.