Membuat Persiapan
Pada tahun 1980, seorang wanita menaiki kereta api bawah tanah semasa acara Maraton Boston sedang berlangsung. Inilah bukan sesuatu yang luar biasa, padahal wanita ini sepatutnya berlari dalam maraton tersebut! Para saksi kemudian melihat wanita ini memotong masuk ke dalam perlumbaan pada jarak kurang daripada 2 kilometer dari penghujung garisan. Dia menghabiskan perlumbaan ini jauh lebih awal jika berbanding dengan pelari wanita yang lain, dan peliknya, dia langsung tidak menunjukkan rasa penat mahupun berpeluh banyak. Pada waktu yang singkat itu, dia kelihatan seperti pemenang.
Pelampung Penyelamatan
Apabila kita berfikir tentang kameleon, kita mungkin memikirkan tentang kebolehannya untuk bertukar warna badan mengikut keadaan sekeliling. Tetapi cicak ini mempunyai satu lagi ciri menarik. Beberapa kali saya pernah melihat kameleon ini berjalan di atas laluan kecil dan tertanya-tanya bagaimana ia boleh sampai ke tempat tujuannya. Ini kerana kameleon itu melangkahkan satu kaki, kemudian bertukar fikiran dan cuba melangkah sekali lagi, sambil meletakkan kaki seterusnya dengan teragak-agak, seolah-olah takut jikalau tanah di bawahnya akan runtuh. Itu sebabnya saya tergelak apabila seseorang berkata, “Jangan-jangan kita menjadi jemaah gereja kameleon yang berkata, ‘Ok, saya akan pergi ke gereja hari ini; tidaklah, saya akan pergi minggu hadapan; tidak, bagus saya tunggu sekejap!’ ”
Haruman Indah
Bayi kepada seorang kawan saya menderita penyakit sawan, oleh itu mereka segera pergi ke hospital dengan menaiki ambulans, hatinya berdebar-debar sementara ibu itu berdoa untuk anak perempuannya. Dia sedar semula tentang kasihnya yang sangat mendalam bagi anaknya apabila dia memegang jari-jari kecilnya, sambil sedar bahawa Tuhan pasti lebih mengasihi kita kerana kita ialah “buah hati-Nya.”
Menolong Sesama
“Tubuh Kristus” merupakan frasa misteri yang digunakan lebih daripada 30 kali dalam Perjanjian Baru. Rasul Paulus amat bersetuju bahawa frasa itu ditonjolkan sebagai gambaran gereja. Selepas Yesus kembali ke syurga, Dia menyerahkan misi-Nya kepada lelaki dan perempuan yang berkelemahan dan kurang cekap. Dia mengambil peranan sebagai kepala gereja, sambil menyerahkan tugas sebagai tangan, kaki, telinga, mata dan suara kepada murid-murid-Nya yang tidak menentu—dan kepada anda dan saya.