Apabila seorang wanita di gereja Karen telah dikenal pasti menghidap penyakit ALS (sklerosis lateral amiotrofik atau dikenal sebagai penyakit Lou Gehrig), keadaannya cukup susah. Penyakit yang dahsyat ini memberi kesan ke atas saraf dan otot, dan lama-kelamaan pesakit akan menjadi lumpuh. Insurans keluarga wanita itu tidak menanggung perawatan di rumah, dan suaminya keberatan hati untuk memasukkannya ke rumah penjagaan.

Karen mempunyai kepakaran sebagai seorang jururawat, maka dia mula pergi ke rumah wanita itu untuk menjaganya. Tetapi tidak lama kemudian, dia sedar bahawa dia tidak dapat menjaga keluarganya sendiri sambil membantu kawan itu, dia pun mula mengajar orang lain di gereja untuk membantu. Selama tujuh tahun, Karen telah melatih 31 pembantu sukarela yang dapat membantu keluarga itu dengan kasih, doa, dan bantuan praktikal.

Rasul Yohanes berkata, “Sesiapa yang mengasihi Allah mesti mengasihi saudaranya juga” (1 Yohanes 4:21). Karen telah menjadi teladan cemerlang tentang kasih itu. Dia mempunyai kemahiran, belas kasihan, visi untuk menggerakkan seluruh jemaah menolong kawan yang sakit. Kasihnya kepada seorang yang memerlukan bantuan telah digandakan kerana penglibatan banyak orang.