“Kesilapan telah berlaku,” kata CEO semasa berbincang tentang kegiatan haram yang dilakukan oleh syarikatnya. Dia kelihatan menyesal tetapi tidak mengaku bahawa dia sendiri telah melakukan kesilapan tersebut.
Sesetengah “kesilapan” memang kesilapan: memandu di arah bertentangan, terlupa untuk menetapkan penentu masa sehingga makanan menjadi hangus, tersalah kira baki buku cek. Namun, ada juga perbuatan yang sengaja dilakukan—Tuhan menamakannya dosa. Apabila Tuhan menanyakan Adam dan Hawa kenapa mereka tidak mematuhi arahan-Nya, mereka terus menuding jari sesama sendiri (Kejadian 3:8-13). Harun sendiri tidak ingin menangung tanggungjawab apabila orang Israel membina anak lembu emas untuk disembah di padang gurun. Dia menjelaskan kepada Musa bahawa, “ … orang yang mempunyai perhiasan menanggalkannya dan memberikannya kepadaku. Aku mencampakkan perhiasan emas itu ke dalam api, lalu terbentuklah lembu ini.” (Keluaran 32:24).
Eloklah dia berkata, “Kesilapan telah berlaku.”
Kadangkala kita mudah menuding jari kepada orang lain daripada mengaku kesalahan kita sendiri. Ini juga bahayanya jika kita menganggap dosa kita kecil sahaja dengan memanggilnya sebagai “hanya satu kesilapan”. Kita seharusnya mengakui sifat sebenar dosa.
Apabila kita bertanggungjawab atas kesalahan kita dengan mengakuinya—“Dia akan menepati janji-Nya dan melakukan apa yang adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan membersihkan kita daripada segala perbuatan yang salah” (1 Yohanes 1:9). Tuhan kita memberi pengampunan dan pemulihan kepada anak-anak-Nya.