Secara tidak sengaja, gelas minuman saya tertumpah di atas kaunter restoran, lalu airnya mengalir ke bawah meja dan ke lantai. Oleh sebab saya segan akan apa yang berlaku, saya cuba menakung air itu dengan kedua-dua belah tapak tangan saya. Tetapi saya gagal menakung air tersebut kerana kebanyakannya sudah mengalir melalui celah jari saya. Akhirnya, tapak tangan saya hanya mampu menakung satu sudu kecil air dan kaki saya pula dibasahi air.
Kehidupan saya adalah sedemikian. Saya selalu cuba menyelesaikan masalah, tetapi saya terlepas pandang akan maklumat terperinci dan mahu mengawal keadaan. Tidak kira betapa sungguh-sungguhnya saya mencuba, tangan saya tidak dapat menguruskan semua hal. Kadangkala perkara yang tidak terduga adalah seperti air melepasi jari lalu membasahi kaki, menyebabkan saya berasa tertekan. Betapa kuatnya saya merapatkan jari, saya masih tidak dapat menangani semua masalah.
Tetapi Tuhan boleh. Yesaya mengatakan bahawa Tuhan boleh menyukat air di bumi ini—semua air laut, sungai dan hujan—dengan lekuk tangan-Nya (40:12). Hanya tangan-Nya yang cukup besar untuk menampung semuanya. Jadi, kita tidak perlu cuba menakung jumlah air lebih daripada sesudu kecil itu dengan tangan kita yang kecil. Apabila kita berasa tertekan, kita boleh meletakkan kerisauan dan kebimbangan dalam tangan-Nya yang cukup berkuasa.