Saya tidak akan melupakan waktu saya duduk di tepi katil adik lelaki kawan saya semasa dia meninggal dunia. Lawatan yang biasa ini telah menjadi luar biasa. Sewaktu kami bertiga sedang bercakap-cakap dengan perlahan, kami menyedari bahawa Richard semakin sukar untuk bernafas. Kami pun berkumpul di sekelilingnya, melihat, menunggu dan berdoa. Apabila dia menghembuskan nafas terakhir, ia adalah seperti suatu saat yang kudus; hadirat Tuhan menyelubungi kami dalam tangisan, kerana seorang pemuda baik telah meninggal dunia pada usia empat puluhan.

Ramai wira iman juga mengalami kesetiaan Tuhan apabila mereka meninggal dunia. Sebagai contoh, Yakub mengumumkan bahawa dia akan “meninggal seperti nenek moyang[nya]” (Kejadian 49:29-33). Anak Yakub, Yusuf juga mengumumkan kematiannya: “Aku hampir meninggal,” dia mengarahkan abang-abangnya supaya berpegang teguh pada iman mereka. Dia kelihatan tenang, namun menggesa abang-abangnya untuk mempercayai Tuhan (50:24).

Tiada seorang pun tahu bila atau bagaimana kita akan menghembuskan nafas terakhir, tetapi kita boleh meminta Tuhan untuk membantu kita percaya bahawa Dia selalu akan menyertai kita. Kita boleh percaya kepada janji-janji Yesus bahawa Dia akan menyediakan tempat untuk kita di dalam rumah Bapa-Nya (Yohanes 14:2-3).