Ketika saya melihat tangan saya, saya teringat bahawa saya telah kehilangan cincin perkahwinan dan pertunangan saya. Pada masa itu, saya sedang melakukan beberapa perkara dengan serentak sewaktu mengemas untuk suatu perjalanan, dan saya masih tidak dapat mengingat tempat yang saya meletakkan cincin-cincin itu.

Saya takut untuk memberitahu suami saya tentang kecuaian saya—kerana risau perkara itu akan mempengaruhi perasaannya. Tetapi dia memberi respons dengan menunjukkan belas kasihan dan kasih sayang kepada saya, bukannya mempersoalkan hal cincin-cincin tersebut. Namun, ada masanya saya masih mahu melakukan sesuatu untuk menyenangkan hatinya! Sebaliknya, dia pula tidak pernah menggunakan kisah ini sebagai peluang untuk menyalahkan saya.

Banyak kali kita teringat akan dosa-dosa kita dan berasa bahawa kita perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan pengampunan daripada Tuhan. Tetapi Tuhan sudah berkata bahawa kita diselamatkan kerana rahmat Tuhan, bukan hasil usaha kita sendiri (Efesus 2:8-9). Menurut perjanjian yang baru, Tuhan menjanjikan Israel, “Aku akan melupakan kesalahan mereka dan mengampunkan dosa mereka” (Yeremia 31:34). Kita mempunyai Tuhan yang mengampuni dan tidak mengingat lagi kesalahan yang kita telah lakukan.

Kita mungkin berasa sedih kerana masa lampau kita, tetapi kita perlu percaya kepada janji-Nya, bahawa rahmat dan pengampunan-Nya adalah benar kerana iman kita kepada Yesus Kristus. Berita ini seharusnya memimpin kita bersyukur dan memiliki keyakinan yang dibawa oleh iman. Apabila Tuhan memberi pengampunan bagi dosa kita, Dia juga akan melupakannya.