Mereka memanggilnya “Jejak Kaki Iblis.” Ia merupakan bekas tapak kaki pada granit di atas bukit di sebelah sebuah gereja di Ipswich, Massachusetts, Amerika Syarikat. Menurut legenda tempatan “jejak kaki” itu terjadi pada satu hari semasa musim luruh tahun 1740, apabila penginjil George Whitefield berkhutbah begitu berkuasa sehingga Iblis melompat keluar dari menara gereja, mendarat di atas batu itu lalu meninggalkan kota tersebut.

Walaupun ia hanya satu legenda, cerita itu mengingatkan kita akan kebenaran daripada firman Tuhan. Yakobus 4:7 mengingatkan kita, “… taatlah kepada Allah. Lawanlah Iblis, maka Iblis akan lari daripadamu.”

Tuhan telah memberikan kita kekuatan yang diperlukan untuk berdiri melawan musuh dan godaan dalam kehidupan kita. Alkitab memberitahu kita bahawa “dosa tidak akan menjadi tuanmu” (Roma 6:14) kerana rahmat Tuhan kepada kita melalui Yesus Kristus. Ketika kita berlari kepada Yesus apabila godaan datang, Dia membolehkan kita berdiri dalam kekuatan-Nya. Tiada apa-apa pun yang kita hadapi dalam kehidupan ini yang dapat mengatasi-Nya, kerana Dia telah “menewaskan dunia” (Yohanes 16:33).

Apabila kita taat kepada Penyelamat kita, berserah kehendak kita kepada-Nya dan mentaati firman Tuhan, Dia akan membantu kita. Apabila kita tunduk kepada-Nya dan bukan kepada godaan, Dia mampu bertempur bagi kita. Dengan kuasa-Nya, kita dapat mengalahkan musuh kita.