Kawan saya Norm Cook kadang-kadang memberikan kejutan kepada keluarganya apabila dia balik ke rumah dari tempat kerja. Dia akan berjalan melalui pintu depan, dan menjerit, “Anda telah diampuni!” Ini bukan kerana ada ahli keluarga yang telah berbuat salah dan memerlukan pengampunannya. Dia mengingatkan mereka bahawa walaupun mereka ada berdosa sepanjang hari, mereka telah diampuni sepenuhnya kerana rahmat Tuhan.

Rasul Yohanes pernah menyebutkan rahmat Tuhan dalam suratnya: “Tetapi jika kita melangkah dalam cahaya, sebagaimana Allah wujud dalam cahaya, maka benar-benarlah kita hidup dalam persaudaraan satu sama lain, dan darah Yesus, Anak-Nya, menyucikan kita daripada segala dosa. Sekiranya kita mengatakan bahawa kita tidak berdosa, kita menipu diri kita sendiri dan kebenaran tidak ada dalam diri kita. Tetapi jika kita mengakui dosa kita kepada Allah, Dia akan menepati janji-Nya dan berlaku adil. Dia akan mengampunkan dosa kita dan menyucikan kita daripada segala kesalahan” (1 Yohanes 1:7-9).

“Melangkah dalam cahaya” ialah metafora untuk mengikut Yesus. Yohanes menegaskan bahawa meneladani Yesus dengan bantuan Roh merupakan tanda persekutuan kita bersama para rasul dalam iman, yang juga merupakan tanda orang Kristian yang benar. Tetapi, dia meneruskan, jangan kita tertipu: kadangkala kita membuat pilihan yang salah. Namun rahmat Tuhan diberikan sepenuhnya: kita boleh mendapat pengampunan-Nya.

Tidak sempurna; hanya diampuni Yesus! Itulah peringatan baik untuk hari ini.