Wanita tua di rumah penjagaan itu tidak bercakap kepada sesiapa atau meminta apa-apa. Seolah-olah dia hanya wujud, berayun di kerusi lamanya yang berderit. Dia tidak mempunyai ramai pengunjung, jadi seorang jururawat muda sering pergi ke biliknya pada waktu rehatnya. Tanpa bertanya soalan untuk cuba membuat wanita itu bercakap, dia hanya menarik sebuah kerusi lain dan berayun bersama. Selepas beberapa bulan, wanita tua itu berkata kepadanya: “Terima kasih kerana berayun bersama saya.” Dia bersyukur kerana seseorang sanggup menemaninya.

Sebelum Dia kembali ke syurga, Yesus berjanji untuk menghantar teman yang boleh dipercayai kepada para pengikut-Nya. Dia memberitahu mereka bahawa Dia tidak akan meninggalkan mereka sendirian tetapi akan menghantar Roh Kudus tinggal dengan mereka (Yohanes 14:17). Hari ini janji itu masih benar bagi orang yang beriman kepada Yesus. Yesus mengatakan bahawa Tuhan tritunggal membuat “rumah”-Nya dalam kita (ayat 23).

Tuhan ialah sahabat kita yang setia dan rapat sepanjang hidup kita. Dia akan memimpin kita dalam pergelutan besar kita, mengampuni dosa kita, mendengar setiap doa senyap, dan memikul beban yang kita tidak boleh tanggung.

Kita dapat menikmati persahabatan Dia yang indah hari ini.