Penyanyi/penulis lagu Robert Hamlet telah menggubah lagu “Lady Who Prays for Me” (Wanita yang berdoa untuk saya) sebagai penghormatan kepada ibunya yang tetap berdoa untuk anak-anak lelakinya pada setiap pagi sebelum mereka pergi ke perhentian bas. Selepas seorang ibu muda mendengar Hamlet menyanyikan lagunya, dia juga berhasrat untuk berdoa dengan anaknya sendiri. Hasilnya adalah menggembirakan! Sebelum anaknya keluar rumah, ibunya berdoa untuknya. Lima minit kemudian anak itu kembali … membawa kanak-kanak dari perhentian bas bersamanya! Ibunya terkejut dan bertanya apa yang sedang berlaku. Anak itu menjawab, “Ibu-ibu mereka tidak berdoa dengan mereka.”
Dalam kitab Efesus, Paulus mendesak kita “pohonlah sentiasa dengan segala doa dan rayuan dalam Roh” (Efesus 6:18). Ini amat penting untuk menunjukkan kebergantungan penuh kita sehari-hari kepada Tuhan dalam keluarga kerana ramai kanak-kanak mulai belajar untuk mempercayai Tuhan apabila mereka melihat iman sejati dalam orang yang paling rapat dengan mereka (2 Timotius 1:5). Tidak ada cara yang lebih baik untuk mengajar kepentingan doa melainkan berdoa untuk dan bersama-sama anak-anak kita. Ini menjadi salah satu cara bagi mereka sendiri untuk mempunyai keperluan yang mendesak untuk selalu mendekati Tuhan dalam iman.
Apabila kita “mendidik” anak-anak dengan menjadi teladan bagi “iman yang tulus ikhlas” dalam Tuhan (Amsal 22:6; 2 Timotius 1:5), kita memberi mereka hadiah yang istimewa iaitu satu keyakinan bahawa Tuhan Maha Hadir berada dalam kehidupan kita. Dia sentiasa mengasihi, membimbing dan melindungi kita.
bersandar atas keyakinan bahawa
Engkau sentiasa menyertai aku.