Apabila anak kecil kami menggigit hirisan lemon buat pertama kalinya, dia mengedutkan hidung, menjelirkan lidah dan menutupkan mata dengan kuat. “-Ma-am,” katanya (masam).

Saya ketawa sambil menghulurkan tangan untuk mendapatkan kepingan buah itu berkeinginan membuangnya ke dalam tong sampah.

“Tidak!” Xavier dengan cepat berlari dari dapur untuk mengelakkan diri daripada saya.“Mahu lagi!” Bibirnya berkedut setiap kali dia menggigit hirisan lemon. Saya pula berasa lega apabila dia akhirnya menyerahkan kulit buah itu dan beredar dari situ.

“Tunas rasa” saya dengan tepatnya mendedahkan sikap saya yang hanya suka akan saat-saat manis dalam hidup saya. Pilihan saya yang lebih suka mengelakkan semua perkara yang pahit mengingatkan saya akan isteri Ayub, yang seolah-olah juga membenci penderitaan yang masam seperti saya.

Ayub pastinya tidak suka akan kesusahan ataupun masalah, namun dia menghormati Tuhan melalui keadaan yang menyayat hati (Ayub 1:1-22). Ketika kudis yang amat menyeksa telah menimpa tubuh Ayub, dia bertahan sepanjang masa penderitaan itu (Ayub 2:7-8). Walaupun isteri Ayub telah menyuruh dia berhenti untuk terus percaya kepada Tuhan (ayat 9), tetapi Ayub menjawabnya dengan mempercayai Tuhan melalui penderitaan dan kesusahan yang menimpa dirinya (ayat 10).

Ini memang biasa apabila kita lebih suka mengelakkan pengalaman yang pahit dalam kehidupan. Kita juga boleh diuji untuk berasa marah terhadap Tuhan apabila kita dilukai. Tetapi Tuhan menggunakan ujian demi mengajar kita bagaimana untuk mempercayai-Nya, bergantung kepada-Nya, dan menyerahkan diri kepada-Nya, di samping Dia memberikan ketabahan kepada kita untuk mengharungi masa-masa yang sukar. Seperti Ayub, kita juga tidak perlu belajar untuk mengalami saat-saat manis yang tidak dijangka melalui detik-detik kemuraman. Tuhan akan menguatkan iman kita.