Sahabat saya yang menjaga ibu mentuanya yang uzur bertanya kepadanya apa yang diingininya sekali. Ibu mentuanya berkata, “Cucilah kaki saya.” Sahabat saya mengakui, “Saya sangat benci akan kerja itu”. Saya benar-benar geram setiap kali disuruh dan harus memohon kepada Tuhan agar memberi saya kesabaran supaya tidak terlanjur marah.”

Namun sikapnya itu berubah secara mendadak pada suatu hari. Ketika dia pergi mengambil besen kaki dan tuala kerana hendak membasuh kaki emak mentuanya, dia berkata, “Masa itu saya mengangkat kepala, tiba-tiba saya terasa seolah-olah saya sedang membasuh kaki Yesus. Dia tersedar bahawa pada saat itu ibu mentuanya seolah-olah adalah Yesus yang menyamar! Sesudah itu, dia berasa sangat bangga untuk melakukan kerja itu.

Setelah mendengar kisah yang menyentuh hati ini, saya teringat akan ajaran Yesus di Bukit Zaitun tentang akhir zaman. Raja akan menyambut semua anaknya ke kerajaan syurga dan berkata apabila mereka melawat orang sakit atau memberi makan kepada orang yang kebuluran, “Apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku” (Matius 25:40). Demikian juga apabila kita melawat orang yang dipenjara atau memberikan pakaian kepada orang yang memerlukannya, kita juga melakukannya untuk Yesus.

Hari ini, semoga anda juga seperti sahabat saya itu, yang kini akan tertanya-tanya dalam hati ketika mengenal kawan baru, adakah anda merupakan Yesus yang menyamar?