Bulan: Oktober 2017

Pembekalan Tuhan

Di luar tingkap pejabat saya, tupai-tupai bising menyediakan dan menyimpan bekalan makanan di tempat yang selamat untuk musim dingin. Saya geli hati dengan tingkah binatang-binatang yang bising itu. Sekawanan rusa boleh dengan senyap sahaja berlalu halaman belakang rumah saya, tetapi bunyi bising seekor tupai kedengaran seolah-olah tercetusnya satu peperangan.

Jauh Lebih Baik

Hari jadi saya adalah sehari selepas hari jadi ibu saya. Semasa saya seorang anak remaja, saya akan tergesa-gesa memikirkan hadiah yang boleh menyenangkan hati ibu mengikut bajet yang saya ada. Dia sentiasa menghargai hadiah saya, dan apabila tiba giliran dia memberikan hadiah, biasanya hadiah itu jauh lebih baik jika berbanding hadiah saya. Namun ini tidak bermaksud dia hendak memperkecil pemberian saya; dia hanya menghadiahi saya menurut apa yang ada padanya, dengan murah hati dan jauh lebih baik.

Terselamat Di Padang Gurun

Pada era 1960-an, kumpulan Kingston Trio telah mengeluarkan sebuah lagu yang bertajuk “Desert Pete”. Lagu itu mengisahkan seorang koboi yang kehausan telah menemui sebuah pam air ketika merentasi sebuah gurun. Di sebelah pam itu, ada sebuah balang yang berisi air disertakan satu nota daripada Desert Pete. Dia menggesa pembaca notanya agar tidak minum air dalam balang itu tetapi menggunakannya untuk mengisi pam air itu.

Yesus Yang Menyamar

Sahabat saya yang menjaga ibu mentuanya yang uzur bertanya kepadanya apa yang diingininya sekali. Ibu mentuanya berkata, “Cucilah kaki saya.” Sahabat saya mengakui, “Saya sangat benci akan kerja itu”. Saya benar-benar geram setiap kali disuruh dan harus memohon kepada Tuhan agar memberi saya kesabaran supaya tidak terlanjur marah.”