Kita Diperhatikan-Nya
Anak perempuan Betty pulang ke rumah dalam keadaan sakit selepas satu perjalanan ke luar negara. Apabila dia tidak dapat menahan kesakitannya lagi, Betty dan suaminya terus membawa dia pergi ke wad kecemasan. Para doktor dan jururawat pun menjalankan rawatan dengan segera. Selepas beberapa jam, salah seorang jururawat memberitahu Betty, “Anak anda akan okey! Kami akan menjaga dia dengan baik agar dia boleh sembuh sepenuhnya.” Pada saat itu, Betty berasa hatinya dipenuhi ketenangan dan kasih. Dia sedar bahawa sedangkan dia hanya boleh menemani anak perempuannya dengan kebimbangan, Tuhan adalah ibu bapa yang sempurna. Dia akan menjaga anak-anak-Nya dan menghiburkan kita pada masa kesusahan kita.
Gangguan Ilahi
Para pakar berpendapat bahawa kebanyakan masa dalam kehidupan harian kita dipenuhi dengan ganguan. Umpamanya panggilan telefon atau kedatangan seseorang yang tidak dijadualkan terlebih dahulu sering mengalihkan perhatian kita daripada rancangan asal kita.
Di Bawah Naungan Sayap-Nya
Marc masih ingat suatu masa ketika dia masih kecil, bapanya mengumpulkan keluarga mereka dan memberitahu mereka bahawa kereta mereka sudah rosak dan mereka akan kehabisan wang pada penghujung bulan. Namun dalam keadaan sedemikian, bapanya berhenti sejenak dan berdoa. Kemudian dia meminta semua ahli keluarga menantikan jawapan Tuhan.
Sekali Lagi—Kemudian Saya Akan Berhenti...
Ketagihan bukan sahaja terhad kepada dadah terlarang atau mengambil alkohol yang berlebihan. Contoh-contoh lain adalah seperti: Mary tidak dapat berhenti mengambil makanan. Bill tidak dapat berhenti daripada melihat gambar-gambar pornografi. Carla tidak dapat berhenti bermain bingo di atas talian. Senarai ketagihan adalah sangat panjang.
Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Adakah ia sekadar tabiat buruk, ataupun sesuatu yang lebih…
Rakan Doa Yang Sempurna
Suara doa syafaat daripada seseorang yang mengasihi kita adalah suatu bunyi yang sungguh indah. Apabila seorang kawan berdoa bagi pihak kita dalam nada yang penuh belas kasihan serta diberikan ilham daripada Tuhan, ia seolah-olah Tuhan bercakap kepada kita secara langsung.