Saya sering membaca salinan esei yang bertajuk “Menjadi Tidak Bernama” (Working Up To Anon [Anonymous]) sehingga ia menjadi lusuh, iaitu hasil tulisan Jane Yolen dan digunting daripada majalah The Writer bertahun-tahun lalu. “Penulis terbaik,” katanya, “adalah mereka yang benar-benar, berhasrat menjadi penulis tanpa nama. Yang pentingnya ialah kisah yang diceritakan, bukan penceritanya.”
Kisah yang kita ceritakan adalah tentang Yesus, yakni Penyelamat yang telah memberikan hidup-Nya untuk kita. Kita hidup untuk Dia, bersama-sama orang percaya yang lain dan berkongsi kasih-Nya dengan orang lain.
Roma 12:3-21 menggambarkan sikap rendah hati dan kasih sayang yang seharusnya menjiwai hubungan kita dengan sesama manusia lain sebagai pengikut Yesus. “Janganlah nilai dirimu lebih tinggi daripada sepatutnya, sebaliknya nilailah dirimu sewajarnya, selaras dengan kadar iman yang telah diberikan Allah kepada setiap orang. … Hendaklah kamu bersikap baik dan mengasihi sesama sendiri dengan kasih persaudaraan, serta saling menghormati dan mengutamakan” (ayat 3, 10).
Kebanggaan pencapaian masa lalu boleh membutakan kita untuk melihat kurnia orang lain. Keangkuhan boleh meracuni masa depan kita.
Yohanes Pembaptis, yang misinya adalah mempersiapkan jalan bagi Yesus, berkata: “Memang sewajarnya Dia semakin utama dan aku semakin kecil” (Yohanes 3:30).
Itulah moto yang baik untuk kita semua.