Month: Disember 2017

Utamakan yang Terutama

Apabila anda menaiki pesawat, sebelum penerbangan bermula, seorang staf penerbangan akan memberikan taklimat keselamatan yang akan menerangkan apa yang harus dilakukan sekiranya kabin mengalami kehilangan tekanan. Para penumpang dimaklumkan bahawa topeng oksigen akan jatuh keluar dari ruangan atas dan mereka perlu memakainya terlebih dahulu sebelum membantu orang lain. Mengapakah perlu berbuat demikian? Ini kerana sebelum anda dapat membantu orang lain, anda sendiri harus dalam keadaan waspada secara fizikal terlebih dahulu.

Mempercayai Tuhan Meskipun …

Disebabkan oleh kecederaan yang berlaku pada tahun 1992, kini saya menderita sakit kronik pada bahagian atas belakang badan, bahu dan leher saya. Ketika berada dalam keadaan yang paling menyakitkan dan melemahkan jiwa, itu bukanlah masa yang mudah untuk mempercayai ataupun memuji Tuhan. Namun ketika situasi saya terasa tidak tertanggung lagi, hadirat Tuhan yang sentiasa ada telah memberikan ketenangan kepada saya. Dia menguatkan dan meyakinkan saya akan kebaikan-Nya yang tidak pernah berubah, kuasa-Nya yang tidak terbatas, dan kasih kurnia-Nya yang sentiasa menyokong. Apabila saya dicubai untuk meragui Tuhan, saya diteguhkan oleh ketetapan hati Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Mereka menyembah Tuhan dan percaya bahawa Dia menyertai mereka, meskipun pada ketika situasi mereka seakan-akan tiada harapan.

Anugerah Rahmat Tuhan: TUHAN MENUJUKAN SAYA KEPADA CAHAYA

Krismas Menyambut Anda

Mereka tinggal dalam bayangan segelap maut, tetapi kini mereka disinari cahaya yang terang. -Yesaya 9:1

Di Wilayah Pampanga di Luzon, Filipina, anda akan menemukan San Fernando. Di bandar yang bersejarah ini, Perayaan Tanglung Besar menonjolkan contoh tradisi Krismas orang Filipina yang unggul—paróls. Dengan hanya menggunakan buluh, kertas warna, dan lilin, artis-artis yang berbakat menciptakan tanglung-tanglung berbentuk bintang yang menakjubkan…

Yesus Mengasihi Maysel

Ketika adik perempuan saya Maysel masih kecil, dia selalu menyanyikan lagu yang sudah biasa didengar dengan caranya tersendiri: “Yesus sayang padaku, Alkitab mengajar Maysel.” Hal ini sering mengganggu saya! Sebagai salah seorang kakak tuanya, kakak yang “lebih pandai daripadanya”, saya tahu seni kata lagu tersebut ialah “Alkitab mengajarku”, bukannya nama “Maysel.” Tetapi dia terus menyanyikan lagu itu menurut caranya.

Anugerah Rahmat Tuhan: SAYA BOLEH MENGENAL TUHAN

Hadiah Yang Terbaik Dalam Kehidupan Ini

Bersyukurlah kepada TUHAN, isytiharkanlah keagungan-Nya. Ceritakanlah perbuatan-Nya kepada bangsa-bangsa. —1 Tawarikh 16:8

Dalam satu kem pembaharuan rohani di utara New England, Amerika Syarikat pada musim sejuk, salah seorang lelaki menanyakan soalan ini, “Apakah hadiah Krismas yang anda paling suka?”

Seorang lelaki yang kuat dan tangkas kelihatan amat berminat untuk menjawabnya.

“Hal itu mudah sahaja,” katanya, sambil…