Cleopatra, Galileo, Shakespeare, Elvis, Pelé. Mereka merupakan orang yang terkenal dan dikenali ramai dengan hanya menyebutkan nama mereka. Mereka tetap terkenal dalam sejarah kerana siapa mereka dan apa yang telah dilakukan. Tetapi ada satu nama yang jauh lebih tinggi melampaui segala nama lain!

Sebelum Anak Tuhan dilahirkan ke dunia ini, malaikat memberitahu Maria dan Yusuf untuk menamakan Dia Yesus kerana “Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka” (Matius 1:21), dan “Dia … akan digelar Anak Allah Yang Maha Tinggi” (Lukas 1:32). Yesus tidak datang sebagai selebriti, tetapi sebagai hamba yang merendahkan diri-Nya serta mati pada kayu salib, supaya sesiapa yang menerima Dia dapat diampuni dan dibebaskan daripada kuasa dosa.

Rasul Paulus menulis, “Itulah sebabnya Allah sangat meninggikan-Nya dan menganugerahkan kepada-Nya nama yang di atas segala nama, supaya kepada nama Yesus segala-galanya bertelut, segala isi langit, bumi dan yang di bawah bumi, dan semua lidah mengaku bahawa Yesus Kristus ialah Tuhan, untuk mendatangkan kemuliaan Allah Bapa” (Filipi 2:9-11).

Pada saat kita berada dalam kesukaan besar serta dalam keadaan yang kekurangan, nama yang harus kita andalkan ialah Yesus. Dia tidak akan meninggalkan kita, dan kasih-Nya tidak akan luput.