Mekar di Tempat Yang Betul
“Rumpai merupakan tumbuhan yang tumbuh di tempat yang anda tidak menginginkannya,” kata ayah saya sambil menyerahkan sebatang cangkul kepada saya. Saya ingin membiarkan pohon jagung yang telah tumbuh “secara sukarela” terus bertumbuh antara kacang pis. Tetapi ayah yang membesar di ladang ini, mengarahkan saya menariknya keluar. Batang jagung itu akan menyebabkan kacang pis tercekik dan mencuri nutriennya.
Pengampunan Melebihi Penghakiman
Apabila anak-anak saya bertengkar dan datang kepada saya untuk menyalahkan satu sama lain, saya mendengar penerangan setiap anak secara berasingan. Oleh sebab kedua-dua pihak bersalah, pada akhir perbualan kami, saya bertanya mereka apa itu tindakan yang wajar dan adil untuk perbuatan satu sama lain. Kedua-dua mereka mencadangkan hukuman untuk adik-beradik yang lain. Namun mereka amat hairan sebab saya pula memberi mereka hukuman yang dicadangkan oleh mereka untuk satu sama lain. Tiba-tiba, kedua-dua anak saya menyeru “tidak adil” bagi hukuman yang dikenakan ke atas mereka—walaupun hukuman itu disifatkan sesuai apabila ditujukan kepada orang lain.
Pakailah Tali Pinggang Keledar!
“Kapten telah memasang isyarat pakai tali pinggang keledar, ini bermaksud kita sedang memasuki kawasan udara yang bergelora. Sila kembali ke tempat duduk anda dengan serta-merta dan pasangkan tali pinggang keledar di tempat duduk anda.” Pramugara penerbangan memberikan amaran itu kerana dalam keadaan cuaca yang buruk, penumpang yang tidak memakai tali pinggang keledar boleh tercedera. Setelah para penumpang duduk di tempat mereka dengan selamat, mereka baru dapat melalui kawasan yang bergelora dengan selamat.
Santapan bagi Jiwa: Minggu 2
Hal mengasihi mungkin menjadi pelajaran terbesar bagi setiap individu sepanjang hayat. Dengan mengenal Tuhan Yesus---sumber kasih sejati yang agung---anda boleh mula mengetahui tujuan hidup anda. Pada minggu ini, semoga Tuhan menyentuh hati anda untuk terus mengasihi setiap orang dalam kehidupan anda.
"Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu." (1 Yohanes 4:19)
Labah-labah dan Hadirat Tuhan
Labah-labah. Saya tidak tahu jika ada kanak-kanak yang suka akannya. Sekurang-kurangnya jangan muncul di bilik mereka … pada waktu tidur. Tetapi ketika anak perempuan saya bersiap sedia untuk tidur, dia terlihat seekor dekat dengan katilnya. “Baaaapa !!!!! Laabaahh-laabaahh!!!!! “ dia berteriak. Walaupun saya mencari-cari di serata tempat, saya tidak dapat bertemu pendatang yang berkaki lapan itu. “Dia tidak akan menyakitkan awak,” saya meyakinkannya. Dia tidak percaya. Hanya setelah saya berjanji bahawa saya akan berada di sisi tempat tidur dan mengawalnya, barulah dia bersetuju untuk tidur.