Saya teragak-agak sewaktu guru anak lelaki saya meminta saya menjadi penjaga bagi khemah sains mereka. Bagaimanakah saya dapat menjadi teladan yang baik sedangkan saya melakukan banyak kesilapan pada masa lampau, dan saya juga masih bergelut serta kembali ke tabiat lama? Tuhan telah menolong saya mengasihi dan membesarkan anak saya, tetapi saya sering meragui bahawa Tuhan dapat memakai saya untuk menolong orang lain.

Kadangkala saya masih gagal menyedari bahawa Tuhan—satu-satunya Tuhan yang sempurna dan dapat mengubah hati serta kehidupan manusia, mengubah kita dari masa ke masa. Kemudian Roh Kudus mengingatkan saya bagaimana Paulus menasihati Timotius supaya menerima latihan semasa kerja, bersifat teguh dalam iman, dan menggunakan kurnia-kurnia yang telah diberikan oleh Tuhan kepadanya (2 Timotius 1:6). Timotius dapat bersikap berani kerana Tuhan sumber kuasanya akan menolongnya untuk mengasihi dan berdisiplin apabila dia terus bertumbuh dan melayani orang yang terdapat dalam lingkungan pengaruhnya (ayat 7).

Kristus menyelamatkan dan memampukan kita untuk menghormati-Nya dengan kehidupan kita, bukan kerana kita memiliki kelayakan yang istimewa melainkan kita merupakan anggota keluarga-Nya yang berharga (ayat 9).

Kita dapat bersabar dengan penuh keyakinan apabila kita tahu bahawa peranan kita adalah hanya mengasihi Tuhan dan orang lain. Peranan Tuhan adalah untuk menyelamatkan kita dan memberikan satu tujuan yang melebihi penglihatan kita yang kecil terhadap dunia ini. Semasa kita mengikut Yesus setiap hari, Dia mengubah kita sambil menggunakan kita untuk mendorong orang lain sewaktu kita berkongsi kasih dan kebenaran-Nya ke mana sahaja Dia mengutus kita.