Sekiranya ada seorang yang sangat setia, pasti orang itu ialah Saudara Justice. Dia setia terhadap pernikahannya, bersungguh-sungguh dalam kerja sebagai seorang pekerja pos, dan setiap Ahad dia akan menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin di gereja kami. Baru-baru ini saya melawat gereja asal kami dan mendapati bahawa loceng yang digunakan oleh Saudara Justice untuk mengingatkan kami tentang masa penyelidikan Alkitab sudah hampir tamat itu masih terletak di atas piano. Loceng itu telah bertahan sangat lama. Walaupun Saudara Justice sudah lama meninggal dunia, warisan kesetiaannya tetap membawa pengaruh.

Ibrani 3 memberitahu pembaca tentang kesetiaan seorang hamba dan seorang Anak. Walaupun kesetiaan Musa sebagai hamba Tuhan tidak dapat disangkal, namun orang percaya diajar untuk berfokus kepada Yesus. “Dengan demikian, saudara-saudara yang salih, … fikirkanlah Rasul dan Imam Besar yang kita akui, Yesus Kristus” (Ibrani 3:1). Ini merupakan dorongan kepada semua orang yang berhadapan dengan godaan (Ibrani 2:18). Warisan mereka hanya akan terhasil daripada pilihan mereka untuk mengikut Kristus yang setia.

Apakah yang akan anda lakukan apabila angin godaan berputar di sekeliling anda? Apakah yang akan anda lakukan ketika berasa lelah, letih dan ingin berputus asa? Seperti ayat yang diubahsuai, “melihat Yesus dengan baik-baik” (Ibrani 3:1) Lihat lagi kepada Yesus—berkali-kali. Apabila kita berfikir semula tentang Yesus, kita akan menemui Kristus Yesus, Anak Tuhan yang dapat dipercayai dan memberikan kita kuasa untuk hidup dalam keluarga-Nya.