Bulan: Julai 2018

Tetap Berharap

Antara ratusan artikel yang saya tulis untuk Pedoman Harian sejak tahun 1988, ada beberapa artikel yang masih dalam ingatan saya. Satu artikel yang saya tulis pada pertengahan tahun 1990-an tentang tiga anak perempuan saya, ketika mereka pergi berkhemah atau ke lawatan misi, saya dan anak lelaki saya, Steve, yang berusia enam tahun pada masa itu, dapat meluangkan masa bersama.

Perlindungan daripada Ribut

Semasa saya tinggal di Oklahoma, saya mempunyai kawan yang “mengejar” tornado. John mengesan ribut dengan berhati-hati melalui peralatanradio dengan pengejar lain dan radar tempatan, mereka juga cuba berada pada jarak yang selamat sambil memerhatikan laluan yang dirosakkan oleh tornado. Ini dilakukan supaya dia boleh memaklumkan orang lain tentang bahaya yang mendatang jika ada perubahan mendadak.

Rumahku, Syurgaku

Mengapakah kita harus meninggalkan rumah dan berpindah?” anak lelaki saya bertanya. Sukarnya untuk menerangkan konsep rumah, terutamanya kepada seorang budak lelaki yang berumur lima tahun. Kami meninggalkan sebuah rumah, tetapi bukan rumah sebenar kami, dengan erti kata lain, rumah adalah tempat orang tersayang kami berada. Rumah adalah tempat yang kita amat ingin pulang selepas perjalanan lama atau bekerja sepanjang hari.

Melalui Salib

Rakan sekerja saya, Tom, meletakkan salib kaca berukuran 8”x 12” di atas meja. Rakannya, Phil, yang seperti Tom adalah bekas pesakit kanser dan sekarang sudah sembuh, memberikan salib itu kepadanya agar dia dapat melihat segala-galanya “melalui salib.” Baginya, salib kaca adalah peringatan berterusan tentang kasih dan tujuan baik Tuhan.