Semasa berada di London, seorang rakan membawa saya dan isteri saya, Marlene untuk melawat Taman Langit. Taman Langit merupakan sebuah bangunan kaca yang penuh dengan tanaman, pokok-pokok, dan berbagai-bagai jenis bunga. Ia berada di bahagian tingkat puncak bangunan sebanyak tiga puluh lima tingkat di kawasan perniagaan di London. Bahagian langit di tempat itu telah menangkap perhatian kami. Di tempat dengan ketinggian yang lebih daripada 500 kaki itu, kami memandang ke bawah sambil mengagumi bangunan Katedral St. Paul, Menara London, dan lain-lain. Pandangan kami terhadap ibu kota yang sangat menarik itu—memberikan pelajaran yang bermanfaat tentang perspektif.

Tuhan kita mempunyai perspektif sempurna tentang segala yang kita alami. Pemazmur menulis, “Dia memandang ke bawah dari tempat suci-Nya, dari syurga TUHAN memerhatikan bumi, untuk mendengar rintihan orang yang dipenjarakan untuk membebaskan mereka yang dihukum mati” (Mazmur 102:19-20).

Seperti orang sakit yang digambarkan dalam Mazmur 102, kita sering terperangkap dalam segala masalah di dunia sekarang, dan “mengeluh” dengan perasaan putus harapan. Tetapi Tuhan memerhatikan hidup kita daripada permulaan sehingga akhir. Tuhan tidak pernah lalai dengan masalah-masalah yang boleh menyerang kita secara tiba-tiba. Seperti yang dijangkakan oleh pemazmur, perspektif-Nya yang sempurna akan memimpin kita kepada penyelamatan muktamad yang membebaskan bahkan orang yang “dihukum mati” (ayat 20, 27-28).

Pada saat-saat yang sukar, ingatlah: Kita mungkin tidak tahu apa yang bakal berlaku di hadapan kita, tetapi Tuhan kita tahu. Percayalah kepada Dia untuk perkara-perkara yang ada di hadapan kita.