Sering kali kita kedengaran bahawa sukacita datang daripada melakukan sesuatu dengan cara kita sendiri. Walau bagaimanapun, itu tidak benar. Falsafah itu hanya menujukan perasaan kekosongan, bimbang, dan sakit hati.

Penyair W. H. Auden telah membuat pemerhatian ke atas mereka yang cuba mencari jalan keluar melalui keseronokan. Dia menggambarkan orang sedemikian: “Hilang di hutan yang berpuaka, / Kanak-kanak berasa takut pada waktu malam / Seseorang yang tidak pernah berasa gembira atau berada dalam keadaan baik.”

Pemazmur Daud menyanyikan penawar untuk perasaan takut dan kesedihan kita. “Aku telah berseru kepada TUHAN, dan Dia mendengar seruanku; lalu Dia menyelamatkanku daripada semua yang kutakuti” (Mazmur 34:4). Sukacita datang daripada melakukan sesuatu menurut cara Tuhan, merupakan satu fakta yang boleh disahkan pada setiap hari. “Orang yang dalam kesusahan bermohon kepada-Nya,” tulis Daud (ayat 5). Cubalah dan anda akan melihat. Itulah yang dimaksudkannya apabila dia berkata, “Rasakan dan lihatlah kebaikan TUHAN” (ayat 8).

Kita berkata, “Melihat ialah mempercayai.” Demikianlah kita mengetahui segala sesuatu di dunia ini. Tunjukkanlah bukti kepada saya dan saya akan mempercayainya. Tuhan melakukan hal itu dengan cara sebaliknya. Mempercayai ialah melihat. “Rasakan dan barulah anda akan melihat.”

Lakukan apa yang diperintahkan Tuhan melalui firman-Nya. Lakukan perkara yang diinginkan-Nya agar anda lakukan dan anda akan melihat. Dia akan memberi rahmat kepada anda untuk melakukan perkara yang benar dan perkara-perkara yang lain: Dia akan memberikan diri-Nya kepada anda—satu-satunya sumber kebaikan—dan dengan itu, anda akan menikmati sukacita yang kekal.