Month: Ogos 2018

Terus Melayani

Apabila ahli psikologi pendidikan Benjamin Bloom, membuat penyelidikan tentang cara untuk mengembangkan bakat di kalangan orang muda, memeriksa zaman kanak-kanak 120 orang elit—atlet, ahli seni, cendekiawan—beliau mendapati bahawa terdapat satu persamaan di antara mereka: mereka telah berlatih secara intensif untuk jangka masa yang panjang.

Jangan Melabelkan Orang

Dalam satu perbincangan di meja bulat mengenai perdamaian, seorang peserta yang bijak berkata, “Jangan membekukan orang lain dalam masa lampau.” Dia memerhatikan kami cenderung mengingat kesilapan orang lain dan tidak pernah memberi peluang kepada mereka untuk berubah.

Pemberi Yang Murah Hati

Selepas mengimbas kembali segala yang telah dilakukan Tuhan ke atas gereja kami selama ini, para pemimpin telah memberikan satu cadangan kepada jemaah tentang pembinaan sebuah gim yang baru untuk membantu kami melayani masyarakat dengan lebih baik. Pasukan kepimpinan mengumumkan bahawa mereka akan menjadi orang yang pertama untuk menandatangani perjanjian membiayai pembinaan. Pada mulanya saya berdoa dengan hati yang mementingkan diri, enggan memberikan kewangan lebih daripada yang telah dijanjikan. Namun, saya dan suami saya bersetuju untuk berdoa bagi projek yang sedang berjalan itu. Semasa mengingat segala pembekalan yang disediakan Tuhan kepada kami secara terus-menerus, akhirnya kami membuat keputusan untuk memberikan persembahan bulanan. Hasil gabungan kutipan gereja kami itu telah membiayai keseluruhan pembinaan tersebut.

Bertemu Dengan Yesus

Ketika saya berdoa di mimbar dalam satu upacara pengebumian, saya terpandang sebuah plak loyang yang mengandungi kata-kata daripada Yohanes 12:21: “Tuan, kita ingin bertemu dengan Yesus”. Ya, saya berpendapat bahawa memang tepat untuk mempertimbangkan bagaimana kita melihat Yesus melalui seorang wanita yang kami kenangkan dengan air mata dan senyuman. Walaupun dia menghadapi cabaran dan kekecewaan dalam hidup, namun dia tidak pernah melepaskan kepercayaannya terhadap Kristus. Dan oleh sebab Roh Tuhan hidup di dalamnya, maka kami dapat bertemu dengan Yesus.