Pada tahun 1800-an, ketika Pastor Charles Spurgeon mengembala gereja di London untuk masa yang panjang, dia suka berkhutbah tentang ajaran-ajaran yang berharga dalam kitab Yesaya 49:16, yang mengatakan bahawa Tuhan melukiskan kita di telapak tangan-Nya. Dia berkata, “Teks sebegini harus diajar ratusan kali!” Pemikiran ini adalah begitu berharga sehingga kita boleh mengulanginya dalam fikiran kita berkali-kali.

Spurgeon memberikan perkaitan yang indah antara janji Tuhan ini kepada umat-Nya, orang Israel, dan Anak Tuhan, Yesus, pada kayu salib ketika Dia mati untuk kita. Spurgeon bertanya, “Apakah luka-luka ini di tangan-Mu? … Alat pengukir ialah paku dan tukul. Dia mesti diikat pada kayu salib, agar umat-Nya dapat benar-benar diukir di telapak tangan-Nya.” Seperti yang dijanjikan oleh Tuhan untuk melukiskan umat-Nya di telapak tangan-Nya, maka Yesus menghulurkan tangan-Nya pada kayu salib, tangan-Nya dipaku supaya kita dapat dibebaskan daripada dosa.

Jika dan apabila kita digoda untuk berfikir bahawa Tuhan telah melupakan kita, kita hanya perlu melihat telapak tangan kita dan ingat akan janji Tuhan. Dia telah meletakkan tanda-tanda yang tidak dapat dipadamkan di tangan-Nya untuk kita; betapa besarnya kasih-Nya kepada kita.